Home > Sports
FABD Lancar Edisi Pertama FABD Moving Forward
Alishahrin Haji Mumin
February 22nd, 2024 | 08:15 AM | 9260 views
BERAKAS
Dalam usaha untuk menjadikan bola sepak sebagai sumber kebanggaan negara dan simbol kejayaan, Persatuan Bola Sepak Brunei Darussalam (FABD) terus melangkah ke hadapan dengan melancarkan Edisi Pertama Surat Khabar Rasmi FABD Moving Forward.
Sehubungan itu, Majlis Pelancaran Edisi Pertama Surat Khabar Rasmi tersebut dirasmikan oleh Presiden FABD, Awang Haji Feisal bin Haji Mohd. Eusoff berlangsung di Lecture Theatre, FABD, di sini.
Awang Haji Feisal dalam ucapannya menjelaskan bahawa surat khabar bulanan FABD itu akan diedarkan dalam format digital dengan dua versi iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris bagi peminat tempatan serta peminat bola sepak di seluruh dunia.
Beliau menambah, versi bahasa Inggeris FABD Moving Forward, juga akan dikongsikan kepada FIFA, AFC, AFF serta 211 Ahli Persatuan Bola Sepak Kebangsaan dalam keluarga besar FIFA.
Sebagai saluran komunikasi utama jelasnya lagi, surat khabar tersebut sejajar dengan Pelan Strategik FABD dan beliau berharap agar komuniti bola sepak akan menerimanya dengan penuh semangat dan memberikan sokongan maklum balas positif.
“Tajuk surat khabar ini sesuai menggambarkan kedinamikan, mengajak kita semua untuk maju bersama-sama, berganding bahu, ke arah matlamat kita," ujarnya.
Melalui FABD Moving Forward tambahnya lagi, mereka juga akan menyediakan maklumat bola sepak tempatan kepada rakan sejawatan FIFA, mengemas kini perkembangan terkini dan perkara baharu, serta berita mengenai bola sepak di Negara Brunei Darussalam. Juga hadir, Timbalan Presiden FABD, Awang Haji Mahrub bin Haji Murni; pegawai dan kakitangan kerajaan serta Ahli-ahli FABD.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Saerah Haji Abdul Ghani
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]