FacebookInstagramTwitterContact

 

Dragon Boat Races Music Video Blends Chinese And Western Music, Celebrating Guangdong's Cultural Heritage           >>           Eating Cruciferous Greens Helps Your Immune System Fight Off Intestinal Pathogens           >>           Athletes Who Want To Improve Their Performance Should Try Supplementing With Saffron           >>           Low-Impact Aerobic Exercise Can Rehabilitate Your Spine And Alleviate Your Pain           >>           Boy, 9, Finds World's Longest Chip In Bag Of Frozen Mccain Fries           >>           Australian Woman Travels 24 Hours To Try Viral British Jacket Potato With Baked Beans           >>           Scheana Shay Has A Prediction About Vanderpump Rules' Future Amid Hiatus           >>           Billy Ray Cyrus Files For Temporary Restraining Order Against Ex Firerose Amid Divorce           >>           Something 'Kicked' This Hypervelocity Star Racing Through The Milky Way At 1.3 Million Miles Per Hour (Video)           >>           The Next Nintendo Direct Takes Place On June 18           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Sports


  Home > Sports


Almerez FC Menang Bergaya


 


 June 19th, 2023  |  09:46 AM  |   1353 views

BERAKAS

 

Persaingan Liga Futsal Brunei (BFL) 2023 diteruskan lagi malam tadi dengan menyaksikan dua perlawanan yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, di sini.

 

Pada perlawanan awal, Almerez FC mengukuhkan kedudukannya di tangga ketiga setelah menjinakkan Arbisyam FC dengan jaringan 3 - 0 sekali gus mengutip tiga mata penuh.

 

Kemenangan berkenaan melonjakkan kedudukan Almerez FC dengan mengumpul 25 mata hasil daripada 11 perlawanan mengatasi Kota Ranger FC yang mengutip 17 mata setakat ini.

 

Sebelum meraih kemenangan, Almerez FC menerima saingan hebat daripada barisan pemain muda Arbisyam FC yang cukup kental di bahagian pertahanan dan beberapa kali melakukan serangan balas.

 

Almerez FC membuka tirai jaringan seawal minit pertama melalui sepakan penalti yang disudahi oleh Md. Izzan Syahiran Haji Sharin selepas salah seorang pemain Arbisyam FC melakukan kesilapan.

 

Selang tiga minit kemudian, Syazwan Haji Hassan menghadiahkan gol kedua bagi pasukannya melalui rembatan yang gagal didakap kemas oleh penjaga gol Arbisyam FC.

 

Belum reda sorakan para penyokong, sentuhan Ahmad 'Afif As'ad Awang Haji Ali pada minit kelima menambah jaringan ketiga buat Almerez FC sekali gus menambah lagi ketegangan Arbisyam FC.

 

Ketinggalan jaringan, Arbisyam FC tidak putus harapan dan mencari ruang terbaik untuk membolosi gawang pihak lawan namun barisan pertahanan Almerez FC tetap kebal bagi Arbisyam FC.

 

Bersambung pada babak kedua, persaingan kembali rancak dengan kedua-dua pasukan masing-masing memberikan asakan demi asakan untuk mencipta jaringan.

 

Peluang Arbisyam FC untuk menjaring gol pertama pada saat-saat akhir melalui Muhammad Aminuddin Shah Haji Rosman, dengan sepakan penalti gagal disudahi dengan baik dan pasukannya terpaksa akur tanpa meraih sebarang mata.

 

Ketua Jurulatih Arbisyam FC, Awang Khairulazim Abdullah semasa ditemui berpuas hati dengan permainan anak didiknya meskipun tewas pada perlawanan berkenaan, dan beberapa orang pemainnya mengalami kecederaan dan dilayangkan kad kuning dan juga merah.

 

Walaupun dikejutkan dengan jaringan pada awal minit babak pertama dan dilayangkan kad merah tambahnya, sedikit sebanyak menurunkan semangat para pemainnya, namun pada babak kedua menyaksikan kebangkitan pemainnya yang tidak putus asa untuk memberikan asakan.

 

"Kami berharap untuk dapat meraih kemenangan dalam baki perlawanan yang akan datang dan seterusnya dapat menjadi antara pasukan lima teratas pada liga kali ini," ujarnya berharap.

 

Sementara itu, pada perlawanan kedua pula menyaksikan Shah United FC yang bertemu dengan Street United FC terpaksa akur berkongsi satu mata setelah terikat dengan jaringan 4 - 4.

 

Shah United menampilkan aksi garang dengan mendahului jaringan 2 - 0 menerusi sentuhan kencang Muhammad Yuzlin Haji Ishak dan Mohd Abi Syarillizam Sabtu, masing-masing merobek gawang Street United pada minit pertama dan kelima.

 

Aksi lincah Muhammad Faris Nasrullah menyuntik semangat Street United FC apabila memberikan 'hatrick' bagi pasukannya pada minit ke-11, 21 dan 22 dan sentuhan Md. Yusri Md. Yussof pada minit ke-23 menggamatkan lagi dewan dengan sorakan gemuruh penyokong Street United FC.

 

Pertemuan terus gamat apabila Khalil Saab muncul wira bagi Shah United FC selepas membantu pasukannya menambah dua jaringan pada minit ke-16 dan 39 dan berjaya menyamakan kedudukan sehingga wisel penamat dibunyikan. ​

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Singapore Races To Clean Up Beaches After Oil Spill

 2024-06-18 02:00:52

Green Energy Plan 'Won't Benefit' Welsh Valley Residents

 2024-06-18 02:40:47