FacebookInstagramTwitterContact

 

Japan Cultural Showcase           >>           Haj Pilgrims need to prepare physically for Hot Weather           >>           Discussion on Facilities at Arafah and Mina           >>           Intending Pilgrims' Health and Safety are cared for           >>           Luncheon           >>           Solidarity Jump           >>           RBAF 63rd Anniversary Celebration           >>           Appreciation to those Involved           >>           Defence Diplomacy           >>           RBAF Structure Proposal           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Sports


  Home > Sports


The Young Bees Selamat Tiba Di Tanah Air


 


 June 21st, 2023  |  07:17 AM  |   1633 views

BERAKAS

 

Pasukan Bola Jaring Kebangsaan Bawah 21 Tahun (U21), The Young Bees yang berjuang selama 14 hari bagi Kejohanan Bola Jaring Remaja Asia 2023 (Asian Youth Netball Championship 2023) di Jeonju, Republik Korea kini selamat pulang ke tanah air, hari ini.

 

Ketibaan The Young Bees di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, di sini, disambut oleh Presiden Persatuan Bola Jaring Brunei Darussalam (BNA), Leftenan Kolonel (B) Hajah Wan Shahlimar binti Haji Suhaili.

 

Sepanjang kejohanan tersebut, The Young Bees dalam Kumpulan 'B' memulakan persaingan hebat menentang Singapura namun tewas dengan keputusan 90-8, kemudian bangkit menebus kekalahan dengan mengalahkan Chinese Taipei 41-25 sebelum tumpas di tangan Sri Lanka, 82-16.

 

Kemudian pasukan negara mengutip mata 54-15 setelah menumbangkan pasukan tuan rumah, Korea Selatan dan setelah beradu tenaga menentang pasukan Thailand pada pusingan seterusnya namun terpaksa akur menerima kekalahan dengan berkesudahan 60-28 mata.

 

Dengan itu, The Young Bees itu menduduki tempat ketujuh selepas India menewaskan Thailand 47-46 dalam 'playoff' mendapat tempat kelima.

 

Tiga negara di kedudukan teratas pada kejohanan kali ini akan mendapat tempat untuk besaing di Piala Bola Jaring Remaja Dunia 2025 yang akan diadakan di Gibraltar.​

 

Pencapaian yang membanggakan dan kejayaan yang cemerlang ini membuktikan Negara Brunei Darussalam mampu bertanding lebih jauh lagi dalam mana-mana acara sukan yang berprestij di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

India's Modi Could Win Third Term, Polls Predict

 2024-06-02 01:05:44

Ticketmaster Confirms Data Hack Which Could Affect 560m Globally

 2024-06-02 00:09:47