Home > Sports
Brunei DPMM FC Kalah Tipis
August 5th, 2023 | 09:30 AM | 2436 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Brunei DPMM FC terpaksa akur dengan kekalahan mereka selepas tewas kepada Hougang United dalam perlawanan Liga Perdana Singapura (SPL) yang berlangsung di Stadium Jalan Besar, Singapura, apabila kemenangan berpihak kepada Hougang United dengan jaringan 0 - 1.
Walaupun terikat 0 - 0 pada babak masa pertama, kedua-dua pasukan bergelut untuk menyumbat gol ke gawang lawan masing-masing.
Memasuki separuh masa kedua, Hougang United terus melancarkan serangan dan hasilnya berjaya memperoleh gol tunggal pada minit ke-74 melalui sepakan Dorde Maksimovic.
Kedudukan 0-1 kekal hingga ke wisel penamat, sekali gus memastikan tiga mata milik Hougang United.
Dengan keputusan tersebut, Brunei DPMM FC kini berada di tangga ke-7 liga dengan mengutip 18 mata, manakala Albirex Niigata FC (S) kekal mengungguli kedudukan teratas dengan mengutip 53 mata.
Perlawanan seterusnya, Brunei DPMM FC akan menentang Young Lions pada 18 Ogos 2023 bertempat di Our Tampines Hub, Singapura.
Sementara itu, pada perlawanan di Stadium Jurong East, Tampines Rovers FC tewas kepada Lion City Sailors FC dengan jaringan 2 - 5.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]