Home > In The Court
Dihukum Denda, Penjara Akibat Miliki Rokok
January 18th, 2024 | 10:15 AM | 190 views
TUTONG
Mahkamah Majistret hari ini, menjatuhkan hukuman denda sebanyak BND5,000 atau lima bulan pemenjaraan jika gagal membayar denda berkenaan terhadap seorang lelaki warganegara Indonesia.
Majistret Fatin Fikriyah binti Haji Rosli, memutuskan hukuman terbabit selepas Yuki bin Erdi, 21 tahun, mengaku bersalah atas satu pertuduhan.
Mengikut pertuduhan, defendan didakwa atas kesalahan kerana memiliki enam paket dan 14 batang rokok pelbagai jenis tanpa permit dan kebenaran yang sah yang ditemui di rumah kawasan Kampung Padnunok, Jalan Lamunin, Tutong.
Sementara, semua barang yang terlibat, iaitu rokok dihukum rampas untuk diserahkan kepada pihak kerajaan bagi tujuan dimusnahkan.
Pegawai Penguatkuasaan Undang-undang, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (Cawangan Kuala Belait) menjalankan tangkapan terhadap ke atas defendan pada 15 Januari 2024, jam 11.05 malam.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Rohani Haji Abdul Hamid
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]