FacebookInstagramTwitterContact

 

Ditch Harmful VEGETABLE OILS For These Healthy Substitutes           >>           Replace Ultra-Processed Foods With These HEALTHY Alternatives           >>           Liam Hemsworth And Gabriella Brooks Rare Date Night Photos Will Leave You Hungering For More           >>           See Taylor Swift And Travis Kelce Kiss During Enchanted Lake Como Boat Date           >>           NASA's Juno Probe Captures Fascinating High-Resolution Images Of Jupiter's Icy Moon Europa           >>           A Fallout Crossover Is Coming To Fortnite           >>           The Openai Team Tasked With Protecting Humanity Is No More           >>           Youtube Reportedly Agrees To Block Videos Of Hong Kong’s Protest Song Inside The Region           >>           Gaza War: UN Defends Casualty Tally Amid Israeli Anger           >>           Row Over North Macedonia's Name Flares Up Again           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Sports


  Home > Sports


Ekspedisi Berbasikal Cermin Semangat Kesukanan


Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi

 


 February 12th, 2024  |  07:55 AM  |   9545 views

MENGKUBAU

 

 Pusat Promosi Kesihatan (PPK), Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Pusat Perubatan Gleneagles Jerudong Park (GJPMC) Sdn. Bhd. dan Majlis Perundingan Kampung (MPK), Rancangan Perumahan Negara (RPN) Kampung Panchor selaku duta kegiatan fizikal mengadakan Acara Ekspedisi Santai Berbasikal 2024 di bawah Program Happy Environment and Lifestyle (HEAL) bertempat di kawasan letak kereta, Bukit Riadah RPN Kampung Panchor, hari ini.

 

Hadir menyertai Ekspedisi Santai Berbasikal 2024 tersebut ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman. Ekspedisi Berbasikal sejauh 20km tersebut bermula dan berakhir di tempat letak kereta Bukit Riadah RPN Kampung Panchor.

 

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Ketua Biro Keagamaan MPK Kampung Panchor Kawasan 1 dan 3, Awang Ramzi bin Haji Mohiddin, diikuti dengan ucapan kata-kata aluan daripada Pemangku Ketua Kampung RPN Kampung Panchor Kawasan 1 dan 3, Awang Mohammad Hilmy bin Haji Ahmad juga selaku Pengerusi Ekspedisi tersebut.

 

Seterusnya, sesi senaman pemanasan badan diikuti dengan acara pelepasan peserta ekspedisi hingga ke garisan penamat. Acara diakhiri dengan penyampaian hadiah bertuah yang disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.

 

Ekspedisi ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tanpa mengira usia, mengenai amalan gaya hidup sihat dari dua sudut aspek yang berbeza iaitu dari segi pemakanan dan kegiatan fizikal.

 

Selain itu juga ia adalah sebagai salah satu landasan bagi mengeratkan silaturahim di antara ahli jawatankuasa dan penduduk kampung tersebut dalam sama-sama mengungkayahkan aktiviti-aktiviti kesihatan bagi melahirkan masyarakat yang sihat, cergas, sejahtera dan bebas daripada penyakit.

 

Dengan adanya aktiviti atau program seperti ini, Kementerian Kesihatan berharap agar orang awam akan dapat membantu pihak PPK dan pihak yang berkepentingan dalam sama-sama menangani isu-isu yang berkaitan dengan penyakit-penyakit tidak berjangkit seperti obesiti, penyakit jantung, kanser dan sebagainya, dengan mempromosikan amalan gaya hidup yang sihat kepada semua peringkat umur.

 

Ia juga diharapkan agar dapat meningkatkan kesedaran dan pemahaman orang awam mengenai kepentingan menjaga kesihatan diri sendiri dan juga masyarakat sekeliling. Turut hadir, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Zon 2, 3, dan 5, Setiausaha Tetap dan Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, penghulu-penghulu dan ketua-ketua kampung.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Rohani Haji Abdul Hamid

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'My Ex Took My Children': Hope For Divorced Parents As Japan To Allow Joint Child Custody

 2024-05-18 04:32:54

China Pours Billions Into Crisis-Hit Property Market

 2024-05-18 00:24:55