FacebookInstagramTwitterContact

 

Ditch Harmful VEGETABLE OILS For These Healthy Substitutes           >>           Replace Ultra-Processed Foods With These HEALTHY Alternatives           >>           Liam Hemsworth And Gabriella Brooks Rare Date Night Photos Will Leave You Hungering For More           >>           See Taylor Swift And Travis Kelce Kiss During Enchanted Lake Como Boat Date           >>           NASA's Juno Probe Captures Fascinating High-Resolution Images Of Jupiter's Icy Moon Europa           >>           A Fallout Crossover Is Coming To Fortnite           >>           The Openai Team Tasked With Protecting Humanity Is No More           >>           Youtube Reportedly Agrees To Block Videos Of Hong Kong’s Protest Song Inside The Region           >>           Gaza War: UN Defends Casualty Tally Amid Israeli Anger           >>           Row Over North Macedonia's Name Flares Up Again           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



School


  Home > School


Tanam Nilai Patriotik, Semangat Kenegaraan Dalam Kalangan Pelajar


Alisahrin Haji Mumin

 


 February 16th, 2024  |  08:33 AM  |   11238 views

TEMBURONG

 

Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pendidikan Kokurikulum dengan kerjasama Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri telah mengadakan Majlis Pengagihan Bendera Kecil Meja dan Program Semarak Pengibaran Bendera kepada pelajar-pelajar Sekolah Rendah, Pusat Tingkatan Enam, Sekolah Arab den Institusi Pengajian Tinggi bersempena dengan Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-40, Tahun 2024 di keempat-empat daerah, hari ini.

 

Sehubungan itu, tumpuan utama bagi Daerah Temburong berlangsung di Sekolah Rendah Rataie, petang tadi.

 

Hadir selaku tetamu kehormat, Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr. Hajah Romaizah binti Haji Md. Salleh.

 

Majlis bertujuan untuk menyemai rasa kecintaan dan semangat patriotisme dalam kalangan para pelajar bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Ke-40, Tahun 2024.

 

Lebih kurang 1,500 bendera kecil meja telah diagihkan kepada para peserta yang terdiri daripada guru dan pelajar yang akan terlibat dalam Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam pada tahun ini.

 

Terlebih dahulu, majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat oleh Imam Tingkat 1, Masjid Kampung Selangan, Awang Mahdi bin Kamis.

 

Majlis diikuti dengan ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh Guru Besar Sekolah Rendah Rataie, Dayang Rohayati binti Haji Abd Kadir yang antara lain menggariskan majlis seumpamanya dapat menanamkan nilai-nilai patriotik dan semangat kenegaraan dalam kalangan para pelajar.

 

Selain itu tambahnya, peranan bendera merupakan lambang identiti sesebuah negara dan sesuatu bangsa, ia juga menjadi lambang kesepakatan dan perpaduan yang mempunyai kemuliaan, keagungan dan martabatnya yang tersendiri yang perlu mendapat pengiktirafan dan penghormatan oleh setiap bangsa dan negara di dunia.

 

Pengibaran bendera mampu memberikan kesedaran, menanamkan semangat kenegaraan, patriotisme dan nasionalisme serta mengongsikan kefahaman yang lebih mengenai nilai dan harga bendera sebagai identiti dan maruah bagi sesebuah negara kepada rakyat dan penduduk negara ini.

 

Majlis kemudian diserikan dengan persembahan koir dengan lagu bertajuk 'Berkibarlah Bendera' oleh para pelajar Tahun 5 Sekolah Rendah Rataie.

 

Acara diakhiri dengan penyampaian bendera oleh tetamu kehormat kepada wakil-wakil guru, kakitangan dan pelajar sekolah berkenaan.

 

Turut hadir, Setiausaha Tetap (Kesukanan) Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud; Pengarah Pendidikan Kokurikulum, Awang Julaihi bin Mohamed/Mohamad dan Pengarah Pentadbiran dan Perkhidmatan-Perkhidmatan, Awang Muhammad Ibrahim bin Haji Jumaat.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pg. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'My Ex Took My Children': Hope For Divorced Parents As Japan To Allow Joint Child Custody

 2024-05-18 04:32:54

China Pours Billions Into Crisis-Hit Property Market

 2024-05-18 00:24:55