FacebookInstagramTwitterContact

 

Evan Peters Confirms Romance With Girlfriend Natalie Engel           >>           Ashley Benson Calls Out Speculation She Used Ozempic After Welcoming Baby           >>           NASA's Perseverance Mars Rover Enters New Red Planet Territory: 'Bright Angel'           >>           Meta Makes The Threads API Available To All Developers           >>           Fisker Is The Latest EV Startup To Declare Bankruptcy           >>           Amazon's Affordable Pharmacy Program Rxpass Opens Up To Medicare Users With Prime           >>           Haris Rauf On Confrontation Video: 'When It Comes To Family, I Will Not Hesitate To Respond Accordingly'           >>           Finally On The Big Stage, Baartman Soaks Up The Pressure And Shines           >>           Look Ma, It's The Super Eight!           >>           Heather Knight: 'Our Best Chance To Inspire Is To Win Big Competitions'           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Jadikan Persidangan MMN Sebagai Wadah Melahirkan Buah Fikiran Membina


Mohammad Hatral Hazmi Awang Abdul Hamid, Mohd. Sahrizal Haji Said

 


 February 29th, 2024  |  08:33 AM  |   131 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib menyembahkan junjung kasih yang setinggi-tingginya dan menjunjung tinggi di atas keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bercemar duli dan seterusnya mengurniakan titah pada Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-20 MMN pada 27 Februari lalu.

 

Menurut Yang Berhormat, Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam itu sesungguhnya amat bernas dan mengandungi banyak nasihat untuk kita amat-amati dan juga junjung serta dijadikan panduan dan sandaran bagi Ahli-ahli Yang Berhormat dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

 

“Ia juga jelas mencerminkan pemedulian dan keprihatinan baginda terhadap kemakmuran negara serta kesejahteraan rakyat dan penduduk negara ini. Sesungguhnya baginda menaruh harapan yang tinggi agar Persidangan MMN ini dapat kekal relevan untuk membincangkan perkara-perkara strategik yang bermanfaat bagi rakyat dan negara ini.

 

“Oleh itu, Ahli-ahli Yang Berhormat diharapkan dapat berganding bahu dan menjadikan Persidangan MMN ini sebagai wadah melahirkan buah fikiran yang membina dalam sama-sama membawa pembangunan dan kemajuan kepada negara," jelas Yang Berhormat Yang Di-Pertua MMN ketika berucap pada pembukaan hari kedua Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-20, Majlis Mesyuarat Negara (MMN) yang berlangsung di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, di sini.

 

Menurut Yang Berhormat, baginda juga melahirkan harapan yang tinggi agar Ahli-ahli Yang Berhormat sentiasa peka mengikuti perkembangan mengenai isu-isu yang menjadi kepentingan kepada rakyat dan negara, bukan sahaja di dalam negara tetapi juga di luar negara.

 

Ini setentunya, tegas Yang Berhormat memberikan perspektif berlainan dan membolehkan Ahli-ahli Yang Berhormat menyumbangkan idea-idea dan input dalam membawa perubahan positif dan setentunya memacu kemajuan dalam bidang-bidang tertentu.

 

“Begitu juga dengan pihak-pihak yang berkenaan yang seharusnya memanfaatkan pengetahuan dan pengalaman Ahli-ahli Yang Berhormat dalam bidang-bidang tertentu serta meneliti dan mengambil baik cadangan-cadangan yang dikemukakan itu dengan seelok-eloknya dalam usaha untuk menambah baik dasar, program dan inisiatif yang dilaksanakan oleh Kerajaan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

 

“Semua ini sepertimana yang dititahkan oleh Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam setentunya memerlukan penglibatan dan permuzakarahan yang berterusan secara inklusif bersama-sama dengan pihak yang berkepentingan, termasuk dari sektor kerajaan, swasta, persatuan-persatuan dan para penduduk di negara ini," tegas Yang Berhormat lagi.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Nur Amalia Alisha Daud

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Japanese State Visit Will Skip Downing Street

 2024-06-19 00:24:01

Boeing Boss Admits Culture 'Far From Perfect'

 2024-06-19 01:09:29