FacebookInstagramTwitterContact

 

Dragon Boat Races Music Video Blends Chinese And Western Music, Celebrating Guangdong's Cultural Heritage           >>           Eating Cruciferous Greens Helps Your Immune System Fight Off Intestinal Pathogens           >>           Athletes Who Want To Improve Their Performance Should Try Supplementing With Saffron           >>           Low-Impact Aerobic Exercise Can Rehabilitate Your Spine And Alleviate Your Pain           >>           Boy, 9, Finds World's Longest Chip In Bag Of Frozen Mccain Fries           >>           Australian Woman Travels 24 Hours To Try Viral British Jacket Potato With Baked Beans           >>           Scheana Shay Has A Prediction About Vanderpump Rules' Future Amid Hiatus           >>           Billy Ray Cyrus Files For Temporary Restraining Order Against Ex Firerose Amid Divorce           >>           Something 'Kicked' This Hypervelocity Star Racing Through The Milky Way At 1.3 Million Miles Per Hour (Video)           >>           The Next Nintendo Direct Takes Place On June 18           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Headline


  Home > Headline


Perluaskan Peluang Kerjasama Pelbagai Bidang


Mohammad Hatral Hazmi Awang Abdul Hamid, Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman

 


 March 9th, 2024  |  07:08 AM  |   180 views

TOKYO, JAPAN

 

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri malam ini berkenan berangkat ke Majlis Resepsi Ulang Tahun Ke-40 Penubuhan Hubungan Diplomatik di antara Negara Brunei Darussalam (NBD) dan Jepun, yang berlangsung di Imperial Hotel, Tokyo.

 

Semasa Majlis Resepsi tersebut, Duli Yang Teramat Mulia berkenan mengurniakan sabda menzahirkan rasa gembira atas keberangkatan menghadiri Majlis Resepsi bagi meraikan Ulang Tahun Ke-40 Penubuhan Hubungan Diplomatik di antara NBD dan Jepun, yang mana kedua-dua buah negara mempunyai kerjasama yang sangat baik dalam bidang tenaga, perdagangan dan pelaburan, pendidikan dan pertukaran antara rakyat.

 

Keyakinan dan kepercayaan yang sekian lama wujud di antara Kerajaan Brunei, Shell dan Mitsubishi Corporation sejak tahun 1969 telah menyumbang kepada kerjasama dalam bidang tenaga yang sangat baik dan sedang dinikmati oleh kedua-dua buah negara.

 

Tambahan lagi, DYTM mengongsikan bahawa NBD merupakan pembekal tenaga yang stabil dan boleh dipercayai, yang mana tahun 2022 telah menandakan ulang tahun ke-50 penghantaran BLNG kepada Jepun.

 

Dalam hal ini, DYTM menzahirkan harapan untuk mengeratkan hubungan ini lagi di masa yang terdekat.

 

DYTM juga mengalu-alukan penyelesaian Aturan Pengecualian Visa dan menyatakan keyakinan bahawa ini akan memudahcarakan perjalanan dan pergerakan barangan dan perkhidmatan, terutamanya dalam meraikan tahun 2024 Brunei-Japan Friendship Year.

 

Mengenai kerjasama serantau, DYTM bersabda mengenai kerjasama rapat antara kedua-dua buah negara ke arah memajukan usaha-usaha pembangunan komuniti ASEAN di bawah Perkongsian Komprehensif Strategik dalam memelihara keamanan dan kemakmuran serantau.

 

Pada mengakhiri sabda, DYTM melahirkan penghargaan terhadap sumbangan Jepun kepada ASEAN Junior Fellowship Programme yang diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada tahun 2021, sekali gus mengeratkan hubungan rakyat dari kedua-dua buah negara dan menanamkan kefahaman lebih mendalam mengenai ASEAN.

 

Sebelum Majlis Resepsi tersebut, DYTM mengalu-alukan keberangkatan His Imperial Highness Crown Prince Akishino dan seterusnya membuat perjumpaan bersama His Imperial Highness.

 

DYTM dan His Imperial Highness kemudiannya dijunjung berangkat masuk ke dewan bagi Majlis Resepsi.

 

Majlis Resepsi dimulakan dengan Lagu Kebangsaan NBD dan Jepun, diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada Duta Besar Istimewa dan Mutlak NBD ke Jepun, Tuan Yang Terutama Haji Shahbudin bin Haji Musa, selaku Hos Majlis dan seterusnya ucapan daripada Chief Cabinet Secretary of Japan, Tuan Yang Terutama Yoshimasa Hayashi, selaku wakil Kerajaan Jepun.

 

DYTM dan His Imperial Highness kemudian beredar bagi menyaksikan pameran-pameran, yang mengetengahkan dan mempromosikan produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan oleh NBD.

 

Pameran tersebut terdiri daripada agensi-agensi kerajaan dan syarikat-syarikat dari NBD serta pihak-pihak perniagaan utama negara yang bergiat aktif dengan pihak industri minyak dan gas Jepun iaitu Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan; Jabatan Tenaga, Jabatan Perdana Menteri; Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan; Brunei Economic Development Board (BEDB); Royal Brunei; The Empire Hotel Brunei; Darussalam Enterprise (DARe); Brunei Gas Carriers Sdn. Bhd.; Brunei Shell Petroleum; Brunei LNG Sdn. Bhd.; dan Brunei Methanol Company.

 

Terdahulu dari itu, DYTM juga berkesempatan untuk berjumpa dengan wakil-wakil perniagaan Jepun dari beberapa syarikat termasuk Tokyo Gas, Japan's Energy for a New Era (JERA), Japan Petroleum Exploration (JAPEX) dan Mitsubishi Corporation.

 

40 Tahun Penubuhan Hubungan Diplomatik NBD dan Jepun telah mempamerkan komitmen berterusan kedua-dua buah negara untuk mengukuhkan hubungan muhibah dan kerjasama yang sekian lama terjalin dalam bidang-bidang seperti ekonomi, tenaga dan pertukaran antara masyarakat.

 

Sebagai salah satunya rakan perdagangan utama NBD dalam bidang tenaga, Keberangkatan Rasmi DYTM ke Jepun juga meningkatkan peluang-peluang untuk meningkatkan kerjasama antara kedua-dua belah pihak dalam sektor tenaga.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Jabatan Perdana Menteri

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Singapore Races To Clean Up Beaches After Oil Spill

 2024-06-18 02:00:52

Green Energy Plan 'Won't Benefit' Welsh Valley Residents

 2024-06-18 02:40:47