FacebookInstagramTwitterContact

 

Gotham FC Signs Germany Goalkeeper Ann-Katrin Berger From Chelsea           >>           Vitesse Docked 18 Points, Relegated Amid Probe Of Abramovich Ties           >>           12 Health Benefits Of Drinking Elderberry Tea           >>           Blueberries Found To Reduce CVD Risk By Up To 20 Percent           >>           Natural Treatment For Rheumatoid Arthritis: Research Shows Yoga Can Relieve Physical And Psychological Symptoms           >>           The Sweetest-Smelling City In The World Might Surprise You           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           You Can Watch Taylor Swift And Post Malone’s “Fortnight” Music Video With A Broken Heart           >>           BIBD Awareness Campaign           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


UTB mulakan Minggu Orientasi Bagi 300 Pelajar Baharu


SEBAHAGIAN daripada 'booth' aktiviti luar yang disediakan oleh UTB. | FOTO: PELITA BRUNEI (Azmah Haji Ahad)

 


 July 26th, 2016  |  10:58 AM  |   1502 views

TUNGKU LINK

 

Isnin, 25 Julai. - Seramai lebih 300 pelajar baru mendaftar untuk memulakan pengajian dalam pelbagai program di Universiti Teknologi Brunei (UTB) bagi kemasukan Tahun Akademik 2016 / 2017.

 

Sesi pendaftaran tersebut memulakan Minggu Orientasi UTB yang akan berlangsung selama empat hari sehingga 28 Julai ini bagi membiasakan para pelajar dengan kehidupan di kampus, di samping memberi peluang kepada mereka untuk bertemu dengan pensyarah-pensyarah program agar dapat lebih memahami program-program yang mereka ikuti.

 

250716 AZMAH UTB-5

SUASANA sesi pendaftaran bakal mahasiswa dan mahasiswi di Universiti Teknologi Brunei (UTB) bagi Sesi Akademik 2016 / 2017.

 

Selain itu, para pelajar baharu juga akan dibawa melawat sekitar kampus semasa program orientasi tersebut bagi melihat semua perkhidmatan sokongan dan kemudahan yang disediakan di kampus.

 

Seorang pelajar yang turut mendaftar, Awang Muhammad Aiman Syakir bin Haji Durani ketika ditemui Pelita Brunei berkata, dia berasa sangat bersyukur kerana berpeluang untuk melanjutkan pengajian di universiti berkenaan.

 

250716 AZMAH UTB-1

AWANG Muhammad Aiman Syakir bin Haji Durani.

 

"Saya berharap dapat menimba dan menambah ilmu pengetahuan serta pengalaman yang berkaitan sepanjang pengajian di sini nanti," ujarnya yang mengikuti jurusan Kejuruteraan Mekanikal.

 

Sementara itu, Ryan Loh yang akan mengikuti program Sistem Maklumat dan Perniagaan (Business and Information System) memilih UTB sebagai tempat melanjutkan pengajian kerana universiti tersebut mempunyai reputasi yang baik bagi pelajar yang mengikuti jurusan Perniagaan dan Teknologi.

 

250716 AZMAH UTB-2

RYAN Loh.

 

"Saya dapat berkomunikasi dengan baik bersama para kakitangan dan para pelajar di sini dan mereka juga sangat membantu pelajar-pelajar baharu seperti saya," katanya.

 

Bagi Dayang Nor Arinah binti Awang Mohd. Nor dan Dayang Nur Nazeeratul Azeemah binti Rusdi, tawaran melanjutkan pengajian di UTB dalam program Ijazah Sarjana Muda selama tiga tahun bagi pelajar yang berkelayakan merupakan salah satu tarikan bagi mereka untuk memilih universiti berkenaan.

 

250716 AZMAH UTB-4

DAYANG Nor Arinah binti Awang Mohd. Nor.

250716 AZMAH UTB-3

DAYANG Nur Nazeeratul Azeemah binti Rusdi.

Dayang Nor Arinah yang mengikuti jurusan E-marketing and Information System dan Dayang Nur Nazeeratul Azeemah, mengikuti jurusan Business Economic and Finance sebelum ini menuntut di Politeknik Brunei, masing-masing melahirkan rasa gembira dan bersyukur kerana dipilih untuk melanjutkan pengajian di UTB.

 

Minggu Orientasi yang dianjurkan oleh Pejabat Pendaftar dan Hal Ehwal Pelajar UTB dan Majlis Perwakilan Pelajar UTB ini juga memberi peluang kepada para pelajar untuk menyertai beberapa aktiviti interaktif.

 

250716 AZMAH UTB-7

SEBAHAGIAN daripada 'booth' aktiviti luar yang disediakan oleh UTB.

 

Selain itu, para pelajar juga akan menghadiri sesi taklimat dari Biro Kawalan Narkotik mengenai 'Penyalahgunaan Dadah' serta taklimat dari Jabatan Penerangan bertajuk 'Menghayati Bendera Negara dan Lagu Kebangsaan'.

 

Pada masa ini, UTB menawarkan program peringkat Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana, Ijazah Sarjana Penyelidikan dan Ijazah Doktor Falsafah dalam jurusan Kejuruteraan, Perniagaan, 'Computing' dan 'Informatic'.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Marlinawaty Hussin

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-20 01:27:17