FacebookInstagramTwitterContact

 

Ben-Gvir, Israeli Far-Right Minister, In Car Accident           >>           Pentagon To 'Rush' Patriot Missiles To Ukraine In $6bn Package           >>           Major Gaza Protests At US Universities           >>           Burkina Faso Suspends BBC Over HRW Report On Alleged Mass Killings           >>           AIPA-FAO-IISD Joint Workshop           >>           Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator           >>           ISO 9001:2015 Certificate Award           >>           Why Green Steam Is A Hot Issue For Business           >>           Use a Plot of Land for Planting           >>           Formula E: The World's Fastest Electric Vehicles Could Spark Widespread Innovation           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Minggu Ta'aruf Lahirkan Kesan Positif


MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman semasa berucap dan seterusnya merasmikan Minggu Ta’aruf Pengambilan Ke-10 KUPU SB | FOTO: PELITA BRUNEI (Hamzah Haji Mohiddin)

 


 July 26th, 2016  |  11:15 AM  |   1198 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Isnin, 25 Julai. - Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman berkata Minggu Ta'aruf ke-10 Sesi 2016/2017 Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) mendatangkan kesan positif kepada seramai 228 orang mahasiswa/mahasiswi baharu yang diraikan.

 

Berucap pada Majlis Perasmian Minggu Ta'aruf ke-10 2016/2017 bertempat di Dewan Tarbiyah KUPU SB, Yang Berhormat seterusnya menjelaskan bahawa antara kesan positif itu ialah pertama, mahasiswa/mahasiswi akan benar-benar dapat menyesuaikan diri menjadi mahasiswa/mahasiswi, tidak lagi sebagai pelajar atau bekas pelajar sekolah menengah.

 

Kedua, jelas Yang Berhormat, sebagai mahasiswa-mahsiswi itu menyedari dengan baik bahawa di KUPU SB untuk mengikuti pengajian ugama dengan dasarnya perguruan dan ketiga ialah dengan mengikuti acara-acara suai kenal selama tujuh hari mereka semakin berkemahuan, bersemangat dan berazam untuk menamatkan pengajian di KUPU SB ini sebagai graduan yang berjaya.

 

250716 HAMZAH TAARUF-8

SEBAHAGIAN daripada  mahasiswa  KUPU SB semasa membaca ikrar pada  Majlis Pembukaan Minggu Ta’aruf bagi pengambilan Ke-10 kolej universiti berkenaan.

 

Menurut Yang Berhormat, di sini mahasiswa-mahasiswi berkesempatan untuk menambah pengalaman dan seterusnya memperoleh sesuatu kemahiran menerusi interaksi keilmuan, pendedahan atau latihan yang mana itu banyak bergantung kepada sejauh mana KUPU SB dan juga Persatuan Pelajar berjaya mengaturkannya sama ada sebagai sebahagian program pengajian atau tambahan yang bersifat ekstra kurikulum.

 

Pihak KUPU SB tambah Yang Berhormat, sendiri perlulah berkeadaan dan bersuasana kondusif bagi mahasiswa-mahasiswinya iaitu segenap pihak di pusat pengajian tinggi perguruan ugama ini mestilah pula menjadi sumber inspirasi dan memberikan motivasi untuk mahasiswa-mahasiswinya menjadi graduan yang berjaya itu.

 

"Saya berkeyakinan bahawa pihak-pihak kepimpinan serta tenaga akademik KUPU SB akan memastikan hal-hal yang fundamental yang melayakkannya sebagai sebuah pusat pengajian tinggi bertaraf universiti itu. Hal itu hendaklah jelas sekali didapati dalam program pengajian sebagaimana menurut peringkat dan jurusannya yang ditawarkan. Ianya hendaklah menepati mutu pengajian dan taraf kelayakan program universiti, " jelas Yang Berhormat.

 

Dalam kesemua itu, Yang Berhormat mengingatkan agar para mahasiswa benar-benar merancang dan melaksanakan bahawa taraf pengajian tinggi KUPU SB itu ialah pengajian tinggi perguruan ugama.

 

250716 HAMZAH TAARUF-7

SEBAHAGIAN daripada  mahasiswi  KUPU SB semasa membaca ikrar pada  Majlis Pembukaan Minggu Ta’aruf bagi pengambilan Ke-10 kolej universiti berkenaan.

 

Sememangnya semenjak memulakan pengajian setelah penubuhannya pada tahun 2007 menurut Yang Berhormat, KUPU SB membuka pintunya bagi kemasukan pegawai-pegawai dalam perkhidmatan ugama iaitu selain guru-guru ugama ialah imam-imam dan pegawai-pegawai dalam perkhidmatan ugama lainnya yang berkelayakan untuk meneruskan pengajian peringkat diploma dan ijazah.

 

Tujuannya jelas Yang Berhormat ialah meningkatkan taraf ilmu yang berteraskan perguruan ugama pegawai-pegawai itu sesuai dengan perkembangan dalam bidang-bidang perkhidmatan ugama yang memerlukan kelayakan peringkat diploma dan ijazah, bahkan diploma dan ijazah lanjutan sampai kepada sarjana (MA) dan doktor falsafah (PhD) seperti menurut maklumat bahawa pada kemasukan tahun ini terdapat empat orang yang akan mengikuti pengajian peringkat Ijazah Doktor Falsafah Perguruan Ugama itu.

 

Jelas Yang Berhormat, ternyata KUPU SB yang bertaraf sebuah universiti telah berkembang begitu pesat selaras dengan perkembangan pengajian tinggi ilmu-ilmu ugama di negara ini.

 

"Saya harap awda dan sekalian yang berkenaan di KUPU SB ini akan sentiasa memberi perhatian kepada aspek yang mencabar ini. Tegasnya adalah sangat penting bagi kita berusaha serta mengukuhkan lagi relevansi ugama menerusi peningkatan pelajaran dan pendidikan ugama dari peringkat persekolahan ugama dan persekolahan aliran Arab membawa ke peringkat universiti supaya ugama bagi negara kita Brunei Darussalam ini akan kekal menjadi pedoman yang bermakna dalam kehidupan berbangsa dan bernegara," tambah Yang Berhormat.

 

Terdahulu, dalam ucapannya Yang Berhormat berkata sejauh ini semenjak penubuhannya sebagai pusat pengajian tinggi perguruan ugama bertaraf universiti itu (2007-2015) KUPU SB sudah menghasilkan seramai 1360 orang graduan dalam 17 program yang ditawarkan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Aimi Sani

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Searing Heat Shuts Schools For 33 Million Children

 2024-04-26 01:35:07

Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator

 2024-04-27 01:55:10