Home > In The Court
Padah Curi Kasut, Dipenjara 6 Bulan
September 14th, 2020 | 08:50 AM | 812 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Seorang perempuan warga tempatan dipenjara selama enam bulan oleh Mahkamah Majistret Bandar Seri Begawan selepas mengaku bersalah kerana mencuri sepasang kasut Nike Tempo berwarna hitam.
Dayang Haslina binti Muhd. Sufri membuat pengakuan tersebut selepas pendakwaan dibacakan di hadapan Pemangku Majistret Kanan, Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid.
Tertuduh didakwa mencuri sepasang tersebut di sebuah kedai di Lorong 3 Seria Selatan pada 5 September 2020.
Dalam menjatuhkan hukuman, Pemangku Majistret Kanan, Dewi Norlelawati juga mengambil kira atas pengakuan bersalah awalnya, kata-kata rayuannya dan fakta bahawa ini merupakan kesalahan yang ketiga yang dilakukan oleh defendan, dan dia tidak serik dan tidak mempelajari daripada hukuman yang lalu. Tertuduh pernah melakukan kesalahan pada tahun 2017 dan 2019.
Defendan didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan, Chapter 22. Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Firdaus bin Haji Mohammad.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]