Home > In The Court
Dua Warga Asing Dipenjara, Sebat
September 17th, 2020 | 10:17 AM | 602 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Mahkamah Majistret, hari ini, menjatuhkan hukuman penjara dan sebat ke atas dua lelaki warga Indonesia.
Mahidan, 41 tahun dijatuhkan hukuman 12 bulan penjara dan tiga kali sebatan oleh Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid.
Beliau didakwa di bawah Bab 15 (1) Akta Imigresen Penggal 17, kerana tinggal di negara ini setelah Pas Imigresen mansuh bagi tempoh 1,611 hari.
Majistret Dewi Norlelawati juga menjatuhkan hukuman tujuh bulan penjara dan tiga kali sebatan ke atas Sumardi, berusia 42 tahun.
Sumardi didakwa atas kesalahan di bawah Bab 15 (1) Akta Imigresen Penggal 17, kerana tinggal di negara ini setelah Pas Imigresen mansuh bagi tempoh 1,032 hari.
Kedua-duanya ditangkap dalam Operasi Pumpung JIPK (Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan) 117/2020, pada 15 September 2020, di sebuah rumah sewa Kampung Lubuk Si Gurun, Jalan Mulaut, Bandar Seri Begawan.
Pendakwaan tertuduh dijalankan oleh pihak Pendakwa Raya di JIPK, Adi Yusra bin Haji Adanan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]