Home > In The Court
Pas Imigresen Mansuh : Dipenjara, Sebat
September 17th, 2020 | 10:18 AM | 738 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Seorang warganegara Indonesia dijatuhkan hukuman 12 bulan penjara dan tiga kali sebatan, bermula 15 September 2020 oleh Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid, di Mahkamah Majistret Bandar Seri Begawan.
Parja, 47 tahun didakwa atas kesalahan, di bawah Bab 15 (1) Akta Imigresen Penggal 17, kerana tinggal di negara ini setelah Pas Imigresen mansuh bagi tempoh 1,466 hari.
Beliau ditahan oleh Polis Cawangan Sungai Liang, Kuala Belait, di kawasan Jalan Pantai Sungai Liang, pada 13 September 2020 dan dipindah ke Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK), pada 14 September 2020.
Pendakwaan tertuduh dijalankan oleh pihak Pendakwa Raya, di JIPK, Adi Yusra bin Haji Adanan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]