FacebookInstagramTwitterContact

 

Installation Works of New Traffic Lights           >>           Royal Brunei Police Force Training           >>           Only Valid Haj Visa Holder is allowed to Perform Haj           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration with New Converts           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           Towards A Data-Driven Society Workshop           >>           16th IFSB Discussion Session           >>           16th IFSB Summit Panel Discussion           >>           5th ASEAN Disaster Resilience Platform           >>           ACDM + Japan / ACDM + Republic of Korea           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



In The Court


  Home > In The Court


Dipenjara 14 Bulan Kerana Merasuahi


 


 September 23rd, 2020  |  09:12 AM  |   1048 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Mahkamah Majistret menjatuhkan hukuman 14 bulan penjara bermula 15 September 2020 ke atas seorang lelaki warganegara Viet Nam.

 

Defendan, Tran Khanh Linh, berumur 28 tahun, mengaku bersalah atas dua pertuduhan dan dijatuhkan hukuman oleh Majistret Harah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman, di bawah Seksyen 6 (b) Akta Pencegahan Rasuah, penggal 131.

 

Tertuduh didakwa memberikan wang suapan kepada dua pengawal keselamatan, di tempat kerja tertuduh, di salah sebuah sektor swasta, di negara ini.

 

Kejadian tersebut berlaku pada 3 September 2020, di mana tertuduh bersama rakan sekerjanya menjalankan aktiviti perjudian di tempat tinggal juga tempat kerja mereka.

 

Salah seorang pengawal keselamatan mendapati mereka menjalankan aktiviti tersebut semasa pengawal keselamatan melakukan rutin pemeriksaan.

 

Tertuduh, kemudian memberikan wang suapan berjumlah BND50 kepada pengawal keselamatan tersebut agar perbuatan mereka itu tidak diambil tindakan oleh pengawal keselamatan terbabit.

 

Walau bagaimanapun, pengawal keselamatan segera melaporkan kejadian tersebit kepada salah seorang rakan sekerjanya.

 

Keduanya kemudian mengadakan serbuan ke tempat tinggal tertuduh agar mereka menghentikan aktiviti perjudian tersebut.

 

Namun, tertuduh memberikan wang suapan sejumlah BND10 lagi kepada rakan sekerja pengawal keselamatan tersebut agar perbuatan mereka tidak dilaporkan.

 

Akhirnya, kedua pengawal keselamatan terbabit melaporkan perbuatan tertuduh bersama rakannya kepada pihak Polis.

 

Kesalahan tersebut boleh membawa hukuman pemenjaraan yang dilanjutkan sehingga tujuh tahun dan denda sebanyak BND30,000.

 

Rasuah merupakan kesalahan yang serius yang tidak boleh diberikan tolak ansur oleh pihak mahkamah.

 

Justeru, mahkamah juga berpuas hati bahawa prinsip hukuman yang dilaksanakan oleh pengadilan adalah prinsip pencegahan. Ini adalah demi kepentingan awam, di mana pesalah berpotensi untuk dihalang daripada melakukan kesalahan yang sama.

 

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Fitri binti Kiprawi.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Hong Kong Bans Protest Anthem After Court Case Win

 2024-05-09 00:07:03

How Global Companies Handle Political Talk At Work

 2024-05-10 00:12:33