Home > In The Court
Dipenjarakan Kerana Gagal Bayar Denda
September 30th, 2020 | 11:13 AM | 455 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Seorang lelaki warganegara Malaysia mengaku bersalah dan dijatuhkan hukuman 17 bulan penjara kerana gagal membayar denda sebanyak BND84,000.
Majistret Kamaliah Fadhilah binti Haji Ibrahim menjatuhkan hukuman pemenjaraan bermula 28 September 2020 di Mahkamah Majistret Kuala Belait.
Defendan, Suwanday bin Mustafa, 46 tahun, didakwa atas satu pertuduhan di bawah Seksyen 146 (1) (d) Perintah Eksais 2006, memilki 130 karton rokok pelbagai jenis pada 20 September 2020. Tangkapan telah dibuat oleh Pegawai Pemeriksa Pos Kawalan Sungai Tujoh, Kuala Belait di Kawasan Pos Kawalan Kastam Sungai Tujoh, Kuala Belait pada jam 4.35 petang.
Kesemua barang terlibat telah dihukum rampas dan lori dikembalikan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]