Home > In The Court
Didenda Kerana Judi
October 13th, 2020 | 09:51 AM | 522 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Padah akibat perjudian, tiga lelaki, warganegara tempatan, masing-masing dijatuhkan hukuman denda BND800 atau sebulan penjara, jika gagal membayar denda tersebut.
Yang Arif Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid menjatuhkan hukuman tersebut, di Mahkamah Majistret, hari ini, juga memerintahkan tempoh pembayaran denda itu hingga 10 November 2020.
Tertuduh-tertuduh, Mohammad Azri bin Zakaria, (Defendan Ketiga - D3); Mohammad Safiuddin bin Haji Mohd. Ali (Defendan Keempat - D4); dan Mohammad Nazlilah bin Mohammad Zeprey (Defendan Kelima - D5) didakwa melakukan kesalahan, di bawah Seksyen 6 (1) Akta Rumah Perjudian Terbuka, Penggal 28.
Pada 28 Ogos 2015, D3; D4; dan D5 didakwa melakukan kesalahan tersebut kerana terlibat sama dalam permainan judi, di sebuah rumah di Kampung Rimba.
Pendakwaan tertuduh-tertuduh dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Khalillah binti Husin.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]