FacebookInstagramTwitterContact

 

4 Food Preservation Methods To Avoid Spoilage And 3 Alternatives To Refrigeration           >>           At Least A Dozen Water Suppliers In Iowa Are Still Providing Residents With Drinking Water Contaminated With “Forever Chemicals”           >>           Powdered Cheese: A Versatile, Shelf-Stable Food To Add To Your Survival Stockpile           >>           Emergency Water Pipe Repair Work Update           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Badudun Bersama Biskita' Roadshow           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           International Merchandise Trade Statistics, February 2024           >>           Handover of Financial Aid           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



In The Court


  Home > In The Court


Padah Tawarkan Perkhidmatan Kesihatan Tanpa Kebenaran


 


 October 14th, 2020  |  09:32 AM  |   707 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Seorang wanita tempatan dan wanita warga Indonesia dijatuhkan hukuman penjara oleh Mahkamah Majistret, di sini, hari ini selepas mereka mengaku salah terhadap pertuduhan menawarkan perkhidmatan rawatan kecantikan secara haram.

 

Tertuduh, Dayangku Shazarina binti Pengiran Zahari, 27 tahun, turut berdepan hukuman penjara lapan bulan, manakala Siti Kholifah binti Nisuki, 47 tahun, berdepan hukuman penjara selama lapan bulan dan satu bulan atas kesalahan imigresen.

 

Pemangku Majistret Kanan, Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman mengenakan hukuman itu selepas kedua-dua tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan berkenaan.

 

Mengikut penyataan fakta, tertuduh, Dayangku Shazarina menjalankan perniagaan salon kecantikan, iaitu Modern Beauty Aesthetic dan mempunyai seorang pekerja warga Indonesia. Pada sekitar jam 2.40 petang, pada 21 Mei 2020, berdasarkan maklumat orang ramai, serbuan dilakukan oleh Pasukan Polis Diraja Brunei dan pegawai dari Kementerian Kesihatan di sebuah rumah sewa di Kampung Orang Kaya  Besar Imas, di mana kedua-dua tertuduh bersama-sama seorang pelanggan ditemui dalam premis tersebut.

 

Dalam pencarian dalam premis tersebut, antara yang dijumpai ialah ubat-ubatan dengan pelbagai jenis ubat anestetik, termasuk Lidocaine 5%, Xylocaine 2%, Pilocaine 5%, dan Lidopin cream. Selain itu, jenis antibiotik yang berlainan, seperti Amoxicillin 500mg, dan Cloxacilin 500mg. Pelbagai jenis ubat penahan sakit, seperti tablet Naproxen dan asid Mefenamic 500mg. Catecholamine / beta adrenergic agoinst, iaitu Ephinephrine 1%. Jenis ubat lain, seperti Hyaluronic Acid Gel, Collagen ampules, Vitamin C injection, NaCI 0.9% solution, Lipolab V Line Solution, Liporase Injections (Hyaluronidase), Lipo PPC Solution (Phosphatidylcholine) dan Royal Booster Injection Solution for Whitening. Peralatan pembedahan dan klinikal, termasuk jarum suntikan, picagari, venflon dan sofa pemeriksaan. Semua barang-barang dirampas untuk siasatan.

 

Penyiasatan mendapati bahawa pada awal Januari 2020, Dayangku Shazarina mulai memberikan perkhidmatan pembedahan perubatan atau rawatan kepada orang ramai dengan pelbagai perkhidmatan perubatan estetik.

 

Dayangku Shazarina berjaya menghubungi Siti Kholifah untuk membantunya menjalankan aktiviti pembedahan perubatan tersebut. Siti Kholifah tiba di Negara Brunei Darussalam pada bulan Disember 2019 di bawah Pas Lawatan dan mula bekerja untuk Dayangku Shazarina.

 

Dayangku Shazarina menyewa premis tersebut dengan harga BND250 sebulan yang digunakan untuk memberikan perkhidmatan perubatan tersebut kepada pelanggan. Dayangku Shazarina juga mengiklankan perkhidmatan perubatan tersebut melalui media sosial, terutamanya Instagram dengan nama Modernbeautyaesthetic.

 

Dalam siasatan pihak polis juga menunjukkan bahawa kos untuk 'breast filler' dan 'buttock filler' antara BND1,000 hingga BND2,300. Juga didedahkan dari seorang pelanggan bahawa kos untuk Face Job adalah antara BND500 hingga BND2,000.

 

Siti Kholifah mengaku dalam kenyataannya melakukan kesalahan menjalankan perkhidmatan perubatan tanpa kebenaran dan tidak menjadi pengamal perubatan berdaftar di negara ini. Tertuduh, Siti Kholifah mengakui telah menerima pelanggan sebanyak 10 orang sejak Januari hingga Mei 2020.

 

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor'Adliatul Hidayah binti Haji Mohd Zaidi.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Cambodia Blast: 20 Soldiers Killed In Ammunition Explosion

 2024-04-28 00:52:46

Football Betting: Regulator To Meet Over 'Inaccurate' Stats Concern

 2024-04-28 00:24:48