Home > In The Court
2 Warga Asing Dijatuhi Hukuman
October 16th, 2020 | 13:32 PM | 470 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Dua warganegara Indonesia ditangkap dalam Operasi Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) baru-baru ini.
Kedua-dua tertuduh masing-masing mengaku bersalah dan dijatuhkan hukuman oleh Majistret Kanan, Hajah Azrimah binti Haji Abdul Rahman di Mahkamah Majistret Bandar Seri Begawan mulai 14 Oktober 2020.
Defendan pertama, Nurayu berumur 22 tahun dengan bilangan pasport AU446264 dijatuhkan hukuman lima bulan penjara.
Nurayu didakwa atas kesalahan di bawah Bab 15 (1) Akta Imigresen Penggal 17 kerana tinggal di negara ini setelah Pas Lawatan mansuh.
Manakala defendan kedua, Abdullah yang berumur 32 tahun dengan bilangan pasport B9189580 dijatuhkan hukuman tiga bulan penjara.
Abdullah didakwa atas kesalahan di bawah Bab 55 (1) (d) Akta Imigresen Penggal 17 kerana memberikan perlindungan kepada pesalah Imigresen.
Pada 13 Oktober 2020, kedua-duanya ditangkap dalam Operasi JIPK, iaitu OPS PUMPUNG JIPK 131/2020 semasa pemeriksaan dijalankan di sebuah rumah penempatan pekerja-pekerja di Kampung Kilanas, Jalan Tutong.
Pendakwaan terhadap kedua-dua dijalankan oleh pihak Pendakwa Raya di JIPK, Adi Yusra bin Haji Adanan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]