Home > In The Court
Dihukum Penjara Kerana Gagal Membayar Denda
October 30th, 2020 | 10:31 AM | 706 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Seorang lelaki warga tempatan mengaku bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara selama 37 bulan setelah gagal membayar denda sebanyak BND1,472,000 dan BND1,000 di Mahkamah Majistret, kelmarin.
Tertuduh, Mohd. Noorhakim bin Haji Kamis, 32 tahun, dijatuhkan hukuman tersebut kerana melakukan dua kesalahan, iaitu memiliki sebanyak 1,840 karton rokok pelbagai jenis dan melarikan diri dari Pusat Kuarantin, Perkampungan Sukan, Berakas.
Majistret Mohammad Marzuqi bin Sabtu menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohd. Noorhakim di bawah Seksyen 146 (1) (d) Perintah Eksais, 2006 dan Seksyen 62A Akta Penyakit Berjangkit Penggal 204.
Mohd. Noorhakim ditangkap oleh Pasukan Polis Diraja Brunei, Cawangan Polis Marin, Muara di kawasan Sungai Kampung Menunggol pada 18 Oktober.
Pada 20 Oktober 2020, beliau diperintahkan untuk menjalani pengasingan diri selama lapan hari, namun beliau tidak mematuhi arahan tersebut dengan melarikan diri dari pusat berkenaan.
Pendakwaan tertuduh dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Khalillah binti Hussin.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]