Home > In The Court
Akibat Melanggar Akta Imigresen
November 1st, 2020 | 12:07 PM | 763 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Mahkamah Majistret hari ini menjatuhi hukuman penjara terhadap dua orang warganegara Malaysia atas kesalahan di bawah Akta Imigresen.
Tertuduh-tertuduh mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Pemangku Majistret Kanan, Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid.
Tertuduh pertama, Nurrnajwwa Errani binti Murni, 18 tahun, menghadapi tuduhan memasuki negara ini tanpa memiliki pas yang sah, dan dikenakan denda sebanyak BND4,000, dan jika gagal membayar akan dipenjara selama empat bulan.
Manakala tertuduh kedua, Mohammad Shahnira bin Murni, 32 tahun, menghadapi pertuduhan kerana didapati bersubahat dengan Nurrnajwwa Errani untuk memasuki Negara Brunei Darussalam (NBD) tanpa memiliki pas yang sah.
Mengikut pertuduhan pada 3 Julai 2020, Mohammad Shahnira yang bertugas sebagai Pegawai Imigresen Limbang, Sarawak setibanya di Dewan Ketibaan Pos Kawalan Imigresen Kuala Lurah, NBD dengan sengaja membantu Nurnajwwa Errani yang memegang pasport Malaysia untuk memasuki NBD tanpa mengemukakan pasport kepada Pegawai Imigresen yang bertugas.
Ia adalah bertentangan dengan Seksyen 3 (1) Akta Passport Chapter 146, dalam pelanggaran kesalahan tersebut, Mohammad Shahnira tidak menyerahkan pasport Nurnajwwa Errani, malahan dengan sengaja menyembunyikan Nurnajwwa Errani di sebuah kereta Perodua Alza berwarna hitam yang dipandu sendiri oleh Nurnajwwa Errani semasa memasuki NBD.
Tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 12 (1) Akta Passport, Chapter 146 dan dihukum di bawah Seksyen 12 (1) yang sama.
Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Khalillah binti Hussin, manakala tertuduh diwakili Peguam DC Daud Ismail.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]