FacebookInstagramTwitterContact

 

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government           >>           Ben-Gvir, Israeli Far-Right Minister, In Car Accident           >>           Pentagon To 'Rush' Patriot Missiles To Ukraine In $6bn Package           >>           Major Gaza Protests At US Universities           >>           Burkina Faso Suspends BBC Over HRW Report On Alleged Mass Killings           >>           AIPA-FAO-IISD Joint Workshop           >>           Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator           >>           ISO 9001:2015 Certificate Award           >>           Why Green Steam Is A Hot Issue For Business           >>           Use a Plot of Land for Planting           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



In The Court


  Home > In The Court


Berkelakuan Tidak Senonoh : Dipenjara 4 Bulan


 


 November 3rd, 2020  |  11:00 AM  |   1081 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Atas kelakuan yang tidak senonoh, seorang lelaki, warganegara Malaysia, dijatuhkan hukuman empat bulan penjara, di Mahkamah Majistret, hari ini.

 

Tertuduh, Ruzaili bin Salleh, berumur 42 tahun, didakwa atas satu kesalahan, di bawah Seksyen 377H (3) Kanun Hukuman Jenayah, Penggal 22 dan dijatuhkan hukuman oleh Yang Arif Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid.

 

Pada 28 Oktober 2020 lalu, Ruzaili, yang bekerja sebagai pembersih, di salah sebuah sekolah rendah kerajaan, di negara ini, telah melakukan kesalahan kerana mengintai dan meramkam 'video' aksi mangsa, seorang wanita, yang ketika itu berada di dalam tandas wanita. Ini bertujuan untuk memuaskan nafsu tertuduh sendiri.

 

Semasa kejadian tersebut, mangsa menjerit setelah menyedari seseorang telah merakam video beliau (mangsa) dengan menggunakan telefon bimbit melalui tingkap tandas tersebut.

 

Mendengar jeritan itu, tertuduh (defendan) mula panik dan melarikan diri menuju bilik stor lalu memadam video berkenaan.

 

Mangsa kemudian menceritakan kejadian itu kepada rakan sekerjanya dan memberitahu rakan sekerjanya bahawa dia (mangsa) terkejut apabila melihat kamera hadapan telefon bimbit sedang merakamnya ketika berada di dalam tandas.

 

Mangsa juga mengatakan, bahawa sebelum memasuki ke tandas wanita tersebut, mangsa ternampak defendan berdiri di luar tandas.

 

Sementara, Guru Besar sekolah itu, terkejut apabila mendapati defendan berada di dalam bilik stor berkenaan.

 

Defendan juga berkata, dia tidak merakam sesiapa di dalam tandas, namun setelah diperiksa telefon bimbit defendan, telefon bimbit yang merakam tersebut adalah sama seperti telefon bimbit milik defendan.

 

Pendakwaan tertuduh dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Raihan Nabilah binti Haji Ahmad Ghazali.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government

 2024-04-27 02:37:15

Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator

 2024-04-27 01:55:10