Home > In The Court
Akibat Memiliki Lebih 300 Karton Rokok
November 5th, 2020 | 09:41 AM | 592 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Seorang lelaki tempatan dihukum denda sebanyak BND245,000 atau 25 bulan penjara jika gagal membayar denda tersebut kerana terlibat dalam kesalahan di bawah Seksyen 146 (1) (d) Perintah Eksais, 2006.
Majistret Mohammad Marzuqi bin Sabtu menjatuhkan hukuman tersebut ke atas tertuduh, Suni bin Haji Juman di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini.
Tertuduh diberikan tempoh sehingga 25 Mei 2021 untuk menjelaskan denda tersebut.
Defendan mengaku bersalah kerana didapati memiliki sebanyak 314 karton rokok pelbagai jenis.
Suni, ditangkap oleh Pegawai dari Pencegah Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED), Cawangan Bandar Seri Begawan dalam kejadian yang berlaku di kawasan Kampung Mentiri pada 30 September 2020.
Pendakwaan dijalankan oleh Pegawai Pendakwa JKED, Awangku Muhammad Afiq bin Pengiran Haji Nordin.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]