Home > In The Court
Bersalah Miliki Rokok, Minuman Keras
November 19th, 2020 | 09:30 AM | 534 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Seorang lelaki tempatan mengaku bersalah atas dua pertuduhan, di bawah Seksyen 146 (1) (d) Perintah Eksaias, 2006.
Defendan, Pengiran Haji Sufri bin Pengiran Haji Puan, dijatuhkan hukuman itu oleh Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid, di Mahkamah Majistret, hari ini.
Bagi pertuduhan pertama, defendan didenda BND79,200 atau 17 bulan penjara, jika gagal membayar denda, manakala pertuduhan kedua, iaitu denda sebanyak BND65,000 atau 16 bulan penjara, jika gagal membayar denda.
Majistret Dewi Norlelawati juga menetapkan tempoh bayaran bagi kedua-dua pertuduhan tersebut sehingga 24 Mei 2021.
Defendan, Pengiran Haji Sufri didakwa melakukan kesalahan-kesalahan tersebut kerana memiliki 99 karton rokok pelbagai jenama juga 312 botol dan 1,566 tin minuman keras pelbagai jenis.
Dia ditangkap oleh Pegawai Penguatkuasa Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED), di Kawasan Pasar Raya Harmoni, Kampung Sungai Buloh, pada 17 September 2020. Kesemua barang terlibat dihukum rampas untuk dimusnahkan.
Pendakwaan dijalankan oleh Pegawai Pendakwa JKED, Haji Mohd. Junaidi bin Haji Ahmad.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]