Home > In The Court
Gurauan Bawa Padah
November 20th, 2020 | 11:08 AM | 824 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Mahkamah Majistret menjatuhkan hukuman 12 bulan penjara terhadap seorang lelaki warga tempatan berumur 57 tahun kerana mencabul kehormatan seorang perempuan.
Tertuduh, Haji Ismail bin Haji Ibrahim mengaku bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan mangsa.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan isyarat seksual ketika mengangkat mangsa dari belakang. Tertuduh melakukan kesalahan di rumahnya sekitar bulan Julai 2017 semasa rakan-rakannya membuat kunjungan Hari Raya termasuk rumah tertuduh.
Mahkamah mempercayai keterangan mangsa dan tidak mempercayai kenyataan tertuduh yang menyatakan bahawa dia mengangkat mangsa hanya sebagai gurauan dan ingin mengetahui berat badannya.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Nurjauinah binti Haji Kula di hadapan Majistret Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman, manakala tertuduh diwakili Peguam Bela Pengiran Khairul Nizam.
Mahkamah mengarahkan hukuman penjara berjalan bermula tarikh jatuh hukum iaitu hari ini.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]