FacebookInstagramTwitterContact

 

Travis Kelce Makes Surprise Appearance At Pre-2024 Kentucky Derby Party           >>           Anna Nicole Smith's Daughter Dannielynn Birkhead, 17, Debuts New Look At Kentucky Derby           >>           Turmeric Extract Combats The Joint-Damaging Effects Of Arthritis           >>           Cranberries Prevent Cancer And Many Other Chronic Diseases           >>           Boeing Starliner Rolls Out To Launch Pad For 1st Astronaut Flight On May 6 (Photos)           >>           Parrots in captivity seem to enjoy video-chatting with their friends on Messenger           >>           Google prohibits ads promoting websites and apps that generate deepfake porn           >>           Threads Now Lets You Control Who Can Quote Your Posts           >>           Atletico Madrid Earn Narrow Win At Mallorca, Close In On UCL Spot           >>           Tim Howard Inducted Into U.S. National Soccer Hall Of Fame           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



In The Court


  Home > In The Court


2 Lelaki Tempatan Dipenjara


 


 November 23rd, 2020  |  14:28 PM  |   602 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Dua lelaki, warga tempatan, berumur 35 dan 52 tahun, masing-masing mengaku bersalah dan dijatuhkan hukuman, di Mahkamah Majistret, hari ini.

 

Defendan Pertama (D1), Awangku Sahri Addey bin Pengiran Tajuddin dijatuhkan hukuman empat bulan penjara bagi dua pertuduhan yang dibacakan, di bawah Seksyen 380 Kanun Hukuman Jenayah, Penggal 22.

 

 Sementara itu, Defendan Kedua (D2), Ismail bin Kula pula dijatuhkan hukuman dua bulan penjara bagi dua pertuduhan yang dibacakan, di bawah Seksyen 414, Kanun Hukuman Jenayah, Penggal 22.

 

Hukuman kedua-dua defendan dijatuhkan oleh Pemangku Majistret Kanan Pengiran Hazirah binti Pengiran Haji Yusof yang juga memerintahkan agar hukuman bagi kedua-dua pertuduhan bagi D1 dan D2 berjalan serentak.

 

D1, Awangku Sahri Addey didakwa atas dua pertuduhan, di bawah Seksyen 380 Kanun Hukuman Jenayah, Penggal 22, manakala D2, Ismail, juga didakwa bagi dua pertuduhan, di bawah Seksyen 414, Kanun Hukuman Jenayah, Penggal 22.

 

Pada 14 November 2020, D1 melakukan kesalahan, iaitu mencuri satu Percussive Massager Brand Booster, bernilai BND150, di kedai Super Save, Gadong Central, sekitar jam 5.00 petang.

 

 Dalam fakta kes, D1 pergi ke kedai Super Save, Gadong Central bersama D2 dengan menggunakan kenderaan D2, iaitu Kereta Suzuki Alto, berdaftar BAQ1295. D1 kemudiannya memasuki kedai tersebut, manakala D2 pula menunggu D1 di dalam keretanya.

 

Semasa kejadian tersebut, D2 secara rela membantu D1 dengan menggunakan kenderaannya menuju ke rumah sepupu D1 dengan tujuan untuk menjual barang yang dicuri, di mana D2 mengetahui barang itu adalah barang curi.

 

 D1 menjual Percussive Massager Brand Booster itu dengan harga BND30, yang kemudiannya memberikan BND10 kepada D2, hasil jualan tersebut.

 

 Perbuatan kedua-dua defendan tidak berhenti di situ sahaja, pada 16 November 2020. D1 sekali lagi melakukan kesalahan dengan mencuri satu Electronic Drill Brand Makute, berharga BND95 kepunyaan kedai Super Save, Tanjung Bunut.

 

 D2 sekali lagi secara rela membantu D1 menggunakan keretanya Suzuki Alto, berdaftar BAQ1295 menuju ke kedai Super Save, Tanjung Bunut, dengan tujuan mencuri, seterusnya membawa D1 ke Kampung Perpindahan Mata-Mata untuk menjual Electronic Drill Brand Makute kepada seorang pembeli, di kampung tersebut.

 

 D1 menjual Electronic Drill Brand Makute dengan harga BND30 dan memberikan hasil jualan sebanyak BND5.00 kepada D2 untuk membeli minyak keretanya.

 

Pendakwaan bagi kedua-dua defendan dijalankan oleh Pegawai Pendakwa, Awang Kamal Ariffin bin Ismail.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07