Home > In The Court
Kes Bunuh : Sambung Reman 14 Hari
November 24th, 2020 | 09:54 AM | 719 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Perintah tahanan reman suami isteri warga tempatan yang juga suspek utama pembunuhan di Kampung Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati (STKRJ) Jalan Derma Wangsa, Kuala Belait dilanjutkan 14 hari lagi dan akan diperdengarkan lagi pada 7 Disember 2020 pada jam 2.00 petang.
Lanjutan perintah tahanan reman ke atas suspek itu bermula hari ini. Ia bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Jenayah, Penggal 22 kerana membunuh.
Majistret Kanan Hajah Azrimah binti Haji Abdul Rahman mengeluarkan perintah itu selepas mendengar permohonan pihak Pendakwa Raya, Hajah Rozaimah binti Haji Abd Rahman di Mahkamah Majistret.
Suspek utama, Hassan bin Yussof berusia 65 dan Rosnani binti Tanga berusia 51 tahun ditangkap pada 10 Oktober lalu bagi membantu siasatan terhadap kes berkenaan. Suspek diwakili Peguam Bela DC Roy Prabhakaran.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]