Home > In The Court
Didenda Miliki Rokok
November 25th, 2020 | 10:05 AM | 484 views
KUALA BELAIT
Mahkamah Majistret Kuala Belait menjatuhkan hukuman ke atas seorang lelaki, warga tempatan, atas kesalahan memiliki 537 karton rokok dan 107 paket rokok pelbagai jenis.
Defendan, Saifulrizal bin Ismail, berumur 29 tahun mengaku bersalah dan dijatuhkan hukuman denda BND170,000 atau 23 bulan penjara, jika gagal membayar denda.
Majistret Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman juga memerintahkan sehingga 2 Jun 2021 untuk defendan membayar denda tersebut.
Saifulrizal ditangkap oleh Bahagian Penguatkuasa Undang-Undang Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED), Bandar Seri Begawan dan Kuala Belait, di salah sebuah rumah, Jalan Keruak, Rancangan Perumahan Negara, Kampung Panaga Seria, Kuala Belait, pada 16 Mac 2015.
Kesemua barang terlibat dihukum rampas untuk dimusnahkan.
Pendakawaan dijalankan oleh Pegawai Pendakwa JKED, Haji Mohd. Junaidi bin Haji Ahmad, di bawah Seksyen 146 (1) (d) Perintah Eksaias, 2006.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]