FacebookInstagramTwitterContact

 

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government           >>           Ben-Gvir, Israeli Far-Right Minister, In Car Accident           >>           Pentagon To 'Rush' Patriot Missiles To Ukraine In $6bn Package           >>           Major Gaza Protests At US Universities           >>           Burkina Faso Suspends BBC Over HRW Report On Alleged Mass Killings           >>           AIPA-FAO-IISD Joint Workshop           >>           Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator           >>           ISO 9001:2015 Certificate Award           >>           Why Green Steam Is A Hot Issue For Business           >>           Use a Plot of Land for Planting           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



In The Court


  Home > In The Court


Rasuah : 10 Disember Sebutan Lanjut Kes


 


 November 28th, 2020  |  17:48 PM  |   953 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kes terhadap seorang Pegawai Imigresen Kanan yang didakwa atas dua kesalahan, di bawah Bab 6 (a) Akta  Pencegahan Rasuah, Penggal 131 diperdengarkan di hadapan Majistret Kanan Hajah Azrimah binti Haji Abdul Rahman, di Mahkamah Majistret.

 

Tertuduh, Duraman bin Haji Japar, berumur 46 tahun, yang ditugaskan di Seksyen Permit Masuk, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK), Bandar Seri Begawan didakwa melakukan dua kesalahan, iaitu rasuah, pada 4 Mac 2020; dan 22 April 2020.

 

Bagi pertuduhan pertama, pada petang, 4 Mac 2020, di Negara Brunei Darussalam, tertuduh, sebagai seorang ejen, iaitu Pegawai Imigresen Kanan yang berkhidmat di JIPK, dengan secara tidak jujur cuba memperoleh wang rasuah bagi dirinya dan seorang lagi rakannya, berjumlah BND1,500 daripada seorang mangsa lelaki, Penduduk Tetap, berumur 56 tahun, sebagai dorongan dalam melakukan tugasnya, iaitu untuk meluluskan Permohonan Permit Masuk isteri mangsa, warganegara Malaysia, berumur 49 tahun.

 

Sementara itu, bagi pertuduhan kedua, iaitu pada 22 April 2020, petang, di Negara Brunei Darussalam, tertuduh, sebagai seorang ejen, iaitu Pegawai Imigresen Kanan yang berkhidmat di JIPK, sekali lagi dengan secara tidak jujur cuba memperoleh wang rasuah bagi dirinya dan seorang lagi rakannya, dengan jumlah BND1,500 daripada seorang mangsa lelaki, Penduduk Tetap, berumur 56 tahun, sebagai dorongan dalam melakukan tugasnya, iaitu untuk meluluskan Permohonan Permit Masuk isteri mangsa, warganegara Malaysia, berumur 49 tahun.

 

Tertuduh ditangkap oleh Biro Mencegah Rasuah, pada 7 Mei 2020 setelah menerima aduan daripada orang awam mengenai aktiviti perlakuan rasuah di Seksyen Permit Masuk, JIPK berkenaan dengan Permohonan dan Penyambungan Permit Masuk bagi Warga Asing.

 

Isteri mangsa adalah seorang warganegara Malaysia, di mana Permit Masuk beliau ke negara ini telah pun mansuh. Pasangan tersebut telah membuat rayuan untuk Penyambungan Permit Masuk, di mana tertuduh telah meminta wang BND1,500 untuk dirinya dan rakannya bagi meluluskan Permohonan Permit Masuk tersebut, pada dua kejadian yang berlainan.

 

Mahkamah hari ini, membacakan kedua-dua pertuduhan terhadap tertuduh dan tidak ada pengakuan diambil.

 

Mahkamah juga menetapkan 10 Disember 2020, jam 9.00 pagi untuk sebutan lanjut kes tersebut.

 

Dalam pada itu, tertuduh dilepaskan dengan ikat jamin Mahkamah sebanyak BND10,000 atau dua penjamin tempatan dan dengan syarat tertuduh tidak dibenarkan untuk menghampiri mangsa dan isteri mangsa.

 

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Hajah Suriana binti Haji Radin; dan Timbalan Pendakwa Raya, Husna binti Haji Abidin, di mana hukuman maksimum bagi pertuduhan ini adalah tujuh tahun penjara dan denda BND30,000.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government

 2024-04-27 02:37:15

Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator

 2024-04-27 01:55:10