Home > In The Court
Curi Telefon Bimbit : Dipenjara 4 Minggu
December 1st, 2020 | 10:26 AM | 475 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Mahkamah Majistret hari ini menjatuhkan hukuman empat minggu penjara ke atas seorang lelaki, warga tempatan, berumur 30 tahun kerana melakukan kesalahan curi.
Defendan, Abdul Rashid bin Bujang, didakwa melakukan kesalahan mencuri sebuah telefon bimbit, berwarna merah, jenama Oppo A12e, di kedai Syarikat FGR Sdn. Bhd., pada 24 November 2020.
Pemangku Majistret Kanan Pengiran Hazirah binti Pengiran Haji Yusof menjatuhkan hukuman tersebut, di mana hukuman titik permulaan, iaitu enam minggu penjara dikurangkan menjadi empat minggu atas pengakuan bersalah awal defendan juga mempunyai rekod bersih.
Mahkamah juga memerintahkan agar barang yang dicuri itu segera dikembalikan kepada pemiliknya.
Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Firdaus bin Haji Mohammad, di bawah Seksyen 379 Kanun Hukuman Jenayah, Penggal 22.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]