FacebookInstagramTwitterContact

 

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government           >>           Ben-Gvir, Israeli Far-Right Minister, In Car Accident           >>           Pentagon To 'Rush' Patriot Missiles To Ukraine In $6bn Package           >>           Major Gaza Protests At US Universities           >>           Burkina Faso Suspends BBC Over HRW Report On Alleged Mass Killings           >>           AIPA-FAO-IISD Joint Workshop           >>           Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator           >>           ISO 9001:2015 Certificate Award           >>           Why Green Steam Is A Hot Issue For Business           >>           Use a Plot of Land for Planting           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



In The Court


  Home > In The Court


Menipu : Warga Emas Dipenjara


 


 December 1st, 2020  |  10:28 AM  |   666 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Akibat penipuan, seorang lelaki, warga emas dijatuhkan hukuman 1 tahun dan 7 bulan penjara, di Mahkamah Majistret, hari ini.

 

Defendan, Omar Alli bin Haji Garip mengaku bersalah dan dijatuhkan hukuman oleh Pemangku Majistret Kanan Pengiran Hazirah binti Pengiran Haji Yusof, di bawah Seksyen 420 Kanun Hukuman Jenayah, Penggal 22.

 

Omar Alli, berumur 65 tahun, didakwa kerana menipu seorang lelaki tempatan, berumur 56 tahun (mangsa), di mana pada 14 Februari 2011, defendan telah menjual sebidang tanah dan rumah, iaitu EDR No. BD 27872, Lot 31085, Kampung Sengkurong 'A' dengan harga BND120,000.

 

Semasa menjual tanah dan rumah tersebut, defendan mengetahui bahawa ibunya telah menjual tanah dan rumah berkenaan kepada seorang wanita tempatan, dengan harga BND75,000, pada 29 Oktober 2008.

 

Pada 13 Februari 2011, defendan meminta bantuan seorang lelaki untuk menjual rumah tersebut dengan harga BND120,000, di mana lelaki itu tidak mengetahui bahawa EDR No. BD 27872, Lot 31085, Kampung Sengkurong 'A' telah pun dijual sebelum ini.

 

Defendan secara tidak jujur menipu mangsa, di mana mangsa mengetahui bahawa rumah dan tanah tersebut telah dijual kerana mangsa tidak dapat membuat penukaran nama (hak milik tanah) bagi rumah dan tanah yang dibeli secara tunai daripada defendan dengan harga BND120,000 berkenaan.

 

Pendakwaan dijalankan oleh Pegawai Pendakwa, Hajah 'Adzimah Mukarramah binti Haji Salleh.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government

 2024-04-27 02:37:15

Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator

 2024-04-27 01:55:10