Home > In The Court
Padah Lakukan Rompakan Bersenjata
December 2nd, 2020 | 10:15 AM | 646 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Padah melakukan rompakan bersenjata, seorang lelaki warga tempatan akan dijatuhi hukuman penjara, 2 Disember 2020 pada pukul 10.30 pagi di Mahkamah Perantaraan, di sini.
Keputusan Hakim Radin Safiee bin Radin Mas Basuni dibuat setelah tertuduh, Pengiran Mohammad Azharuddin bin Pengiran Tajuddin, 30 tahun mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 392 Kanun Jenayah Bab 22 dan dibacakan Seksyen 398 yang sama kerana rompakan bersenjata.
Berdasarkan pertuduhan tertuduh didakwa merompak wang tunai, Easi Kad, Progresif Recharge Cards, Power Cards, Imagine Recharge Cards dan Hello to Home Telephone Cards di sebuah kedai runcit, Jalan Pasir Berakas pada 29 November 2020 pada jam 7.59 pagi.
Sewaktu kejadian, tertuduh telah mengugut mangsa dengan menggunakan senjata tajam iaitu sebilah pisau dan pada ketika itu juga, berlaku pergelutan di antara tertuduh dan mangsa hingga mangsa mendapat kecederaan.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Hajah Rozaimah binti Haji Abd Rahman manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]