Home > In The Court
Didenda Kerana Gagal Kembalikan Pulangan Cukai
December 9th, 2020 | 10:45 AM | 605 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Sebuah syarikat dikenakan hukuman denda kerana gagal mengembalikan pulangan cukai pendapatan tahunan, di bawah Seksyen 52 (1) Akta Cukai Pendapatan, Penggal 35.
Denda BND1,000 bagi setiap pertuduhan yang diputuskan oleh Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid kepada Syarikat Sun Wei Co. Sdn. Bhd., di Mahkamah Majistret, hari ini.
Syarikat Sun Wei Co. Sdn. Bhd. didakwa atas dua pertuduhan kerana gagal mengembalikan pulangan cukai pendapatan tahunan pada 30 Jun 2017, di mana ia berakhir pada 31 Disember 2016; dan gagal mengembalikan pulangan cukai pendapatan tahunan pada 30 Jun 2018 yang berakhir pada 31 Disember 2017.
Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammd Qamarul Affyian bin Abdul Rahman juga memaklumkan mahkamah bahawa syarikat terbabit tidak mempunyai rekod kesalahan lampau, di bawah Seksyen 52 (1) Akta Cukai Pendapatan, Penggal 35.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]