Home > In The Court
Dipenjara 24 Bulan
December 9th, 2020 | 10:46 AM | 719 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Seorang lelaki, warga tempatan, berumur 51 tahun, yang melakukan kesalahan pecah cermin kereta mengaku bersalah dan dijatuhkan hukuman 24 bulan penjara, di bawah Seksyen 426 Kanun Hukuman Jenayah, Penggal 22, di Mahkamah Majistret, kelmarin.
Defendan, Cheong Foo Keong didakwa melakukan pertuduhan pertama, iaitu membaling batu ke cermin sebelah kiri kereta Daihatsu Terios, berdaftar BAB8480, kepunyaan mangsa (wanita), pada 25 November 2020, di kawasan sekitar Jalan Kianggeh.
Sementara, pada 14 November 2020, defendan melakukan pertuduhan kedua dengan menendang dan menghancurkan kereta Citroen, berdaftar BAB4146, pada bahagian pintu penumpang sebelah kiri milik mangsa (lelaki), di letak kereta sekitar Bangunan Pavo Point, di Jalan Kianggeh.
Pada hari yang sama, 14 November 2020, defendan sekali lagi mengulangi kesalahannya, iaitu bagi pertuduhan ketiga dengan membaling batu ke hadapan, ke kiri dan pada bahagian cermin sebelah kiri penumpang kereta Hyundai Accent, berdaftar BAN7458, dimiliki oleh mangsa (wanita) semasa kejadian yang berlaku, di Jalan Utama Berakas.
Majistret Kamaliah Fadhilah binti Haji Ibrahim menjatuhkan hukuman 24 bulan tersebut adalah wajar atas tiga pertuduhan tersebut, malahan tidak ada yang perlu dikatakan lagi untuk mengurangkan hukuman tersebut.
Disebabkan kerosakan yang dilakukan defendan, mangsa bagi pertuduhan pertama dan ketiga banyak mengalami kerugian wang untuk memperbaiki kereta masing-masing, namun tidak ada sebarang kecederaan bagi pertuduhan pertama dan ketiga.
Dalam rekod kesalahan, defendan sebelum ini pernah melakukan kesalahan yang serupa pada tahun 2017, di mana lima pertuduhan direkodkan, di bawah Seksyen 426 akta yang sama, manakala pada tahun 2019, defendan dijatuhkan hukuman lapan bulan penjara dengan satu kesalahan.
Mahkamah juga mengambil kira atas kesalahan sebelumnya juga pengakuan awal dia bersalah, maka Majistret Kamaliah Fadhilah memutuskan agar hukuman 15 bulan dikurangkan menjadi 10 bulan bagi kesalahan pertama dan kedua dijalankan serentak dan kesalahan ketiga dengan hukuman enam bulan berjalan dengan hukuman yang lain, bermula 7 Disember 2020.
Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Firdaus bin Haji Mohammad, di bawah Seksyen 426 akta yang sama.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]