Home > In The Court
Dipenjara Kerana Dadah
December 10th, 2020 | 10:54 AM | 822 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Mahkamah Majistret menjatuhkan hukuman tiga tahun penjara ke atas seorang lelaki, warga tempatan, di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah, Penggal 27.
Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid menjatuhkan hukuman tersebut ke atas defendan, Shamsul Bahri bin Abdullah, berumur 49 tahun, mulai 8 Disember 2020, kelmarin.
Defendan didakwa di bawah seksyen 6(b) memakan dadah terkawal jenis 'A', Methylamphetamin, di mana hasil ujian air kencing defendan juga mendapati mengandungi positif dadah.
Dalam pendakwaan yang dijalankan oleh Pegawai Pendakwa, Md. Syazwan bin Hairul juga menyatakan bahawa defendan sebelum ini mempunyai rekod kesalahan lalu, di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah, Penggal 27.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]