FacebookInstagramTwitterContact

 

Hibiscus Tea Improves Blood Flow, Reduces Risk Of Cardiovascular Disease           >>           Beer Brewed To Music And A Crystal Castle — How To Have An A-List Getaway In Byron Bay           >>           Sleep Is Good For Your Heart, Reduces Risk Of CVD, According To Study           >>           Black Nightshade Reduces Growth Of Cancerous Tumors           >>           You Won't Be Able To Unsee Ryan Gosling's La La Land Confession           >>           Kate Middleton And Prince William’s Designer Friend Says They’re “Going Through Hell”           >>           Eta Aquarid Meteor Shower Peak Could Spawn Over 100 'Shooting Stars' Per Hour This Weekend           >>           Nintendo blitzes GitHub with over 8,000 emulator-related DMCA takedowns           >>           X Is Using Grok To Publish AI-Generated News Summaries           >>           Microsoft’s latest Windows security updates might break your VPN           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



In The Court


  Home > In The Court


2 Lelaki Tempatan Dijatuhi Hukuman


 


 December 14th, 2020  |  08:49 AM  |   640 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Gara-gara pecah masuk rumah dengan tujuan mencuri, dua lelaki warga tempatan dijatuhi hukuman penjara oleh Mahkamah Perantaraan, di sini.

 

Yang Arif Harnita Zelda Skinner menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohammad Zulkarnain bin Abd. Manaf (D1), 31 tahun, selama enam tahun; dan Muhammad Shariffudin bin Abd. Manaf (D2), 29 tahun, lima tahun tiga sebatan selepas keduanya mengaku bersalah memecah masuk rumah dan mencuri pada 7 Jun 2019, kira-kira jam 11.00 malam, di Jalan Ban 1A, Kampung Mulaut.

 

Mengikut fakta kes, kedua-dua tertuduh bersama (MR A) pergi ke rumah di Ban 1A, Kampung Mulaut dengan tujuan mencuri dengan menggunakan sebuah kereta Suzuki SX4.

 

Dalam kejadian tersebut, (MR A) mengarahkan D1 untuk turun dari kereta dan mengetuk pintu depan namun tidak mendapat sebarang respons.

 

D1 memaklumkan hal tersebut ke MR A dan MR A dan D2 menuju ke rumah mangsa, manakala D1 hanya menunggu di dalam kereta sahaja.

 

Kemudian, (MR A) memecah masuk melalui jendela dan D2 menunggu di luar jendela untuk membawa bungkusan beg yang mengandungi barang curi dan beberapa minit kemudian, MR A keluar dari rumah melalui pintu belakang dengan membawa lebih banyak barang.

 

Ketiganya kemudian membahagikan barang curi tersebut yang terdiri daripada satu komputer riba ACER, satu projektor, satu pembesar suara, dua Samsung Tab dan dua bekas berisi wang tunai dan syiling.

 

Mahkamah juga menjatuhkan hukuman penjara terhadap Mohammad Zulkarnain kerana melakukan kesalahan memandu tanpa memiliki Lesen Memandu yang sah.

 

Setelah disiasat, beliau juga mengaku mengeluarkan plat lesen asli kereta Vios tersebut yang berdaftar BP 2717 dan menggantinya dengan plat nombor BAA 8740.

 

Semasa berada di pejabat Jabatan Siasatan dan Kawalan Lalu Lintas (JSKLL), tertuduh turut dikeluarkan beberapa kesalahan, namun tertuduh segera meninggalkan pejabat tersebut bersama-sama dengan dua orang rakannya.

 

Semasa tertuduh memandu kereta Vios tersebut dengan nombor pendaftaran BAA 8740 di kawasan berhampiran Rimba Garden Central, tertuduh turut memandu dengan cuai sehingga merempuh kenderaan lain iaitu lori pikap Isuzu.

 

Selepas terlibat kemalangan bersama lori pikap Isuzu berkenaan, beliau meneruskan perjalanan di sepanjang Lebuhraya Tungku sehingga berada di persimpangan keluar menuju Institut Perkhidmatan Awam, beliau hilang kawalan dan merempuh penghalang jalan yang menyebabkan kereta tersebut berhenti.

 

Mohammad Zulkarnain kemudian bertindak melarikan diri menuju Rumah Kembar Rimba, Gadong dan meninggalkan dua orang rakan beliau dalam kenderaan tersebut.

 

Mohammad Zulkarnain kemudian mendapati sebuah kereta Nissan Latio dan membawa lari kereta tersebut menuju ke jalan raya Jerudong, di mana beliau kemudian ditahan dan kereta tersebut berjaya didapatkan semula. Tertuduh turut mempunyai rekod kesalahan curi pada tahun 2017.

 

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Dr. Mohammad Hussin Ali bin Idris dan Timbalan Pendakwa Raya, Nor' Adliatul Hidayah binti Haji Mohd. Zaidi memohon hukuman setimpal supaya dapat memberi pengajaran kepada tertuduh.

 

Mahkamah memerintahkan kedua-dua tertuduh menjalani hukuman penjara itu secara serentak bagi pertuduhan bermula dari tarikh mereka ditangkap pada 26 November 2019.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07