Home > In The Court
Padah Memiliki Rokok, Dipenjara 15 Bulan
December 15th, 2020 | 10:58 AM | 509 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Seorang lelaki, warganegara Indonesia, dijatuhkan hukuman 15 bulan penjara kerana gagal membayar denda BND44,000, di bawah Seksyen 146 (1) (d) Perintah Eksais, 2006.
Defendan, Abdul Muid Asmar, berumur 33 tahun, dijatuhkan hukuman tersebut oleh Pemangku Majistret Kanan, Kamaliah Fadhilah binti Haji Ibrahim, di Mahkamah Majistret, hari ini.
Beliau didakwa memiliki 61 karton dan empat paket rokok pelbagai jenama, yang dijumpai di dalam peti sejuk dan bilik tidurnya dalam serbuan yang dijalankan oleh Penguatkuasa Undang-Undang Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) Bandar Seri Begawan, di Jalan Tanjung Nangka, Mukim Sengkurong, pada 12 Oktober 2020.
Kesemua barang terlibat dihukum rampas untuk dimusnahkan.
Dalam pendakwaan dijalankan oleh Pegawai Pendakwa JKED, Haji Mohd. Junaidi bin Haji Ahmad menyatakan, defendan tidak mempunyai kesalahan lalu, di bawah Seksyen 146 (1) (d) Perintah Eksais, 2006.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]