Home > In The Court
Lelaki Tempatan Dipenjara Kerana Dadah
December 17th, 2020 | 08:49 AM | 486 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Mahkamah Majistret hari ini menjatuhkan hukuman enam bulan penjara ke atas seorang lelaki tempatan kerana gagal membayar denda sebanyak BND3,000.
Defendan, Rahmat Mustaqim bin Haji Hidop dijatuhkan hukuman tiga bulan penjara kerana gagal membayar denda sebanyak BND1,500 bagi dua pertuduhan, iaitu memakan dadah terkawal yang dijatuhkan oleh Majistret Mohammad Marzuqi bin Sabtu.
Defendan didakwa di bawah Seksyen 6 (b) kerana memakan dadah terkawal jenis 'A' Methylamphetamine, di mana hasil ujian air kencing defendan didapati positif mengandungi dadah.
Defendan ditahan oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) di Pos Kuala Lurah pada 6 April 2017 dan kemudian diserahkan kepada pegawai-pegawai Biro Kawalan Narkotik (BKN).
Namun pada 29 Mac 2018, defendan sekali lagi melakukan kesalahan yang sama ketika ditahan oleh anggota Pasukan Polis Diraja Brunei Cawangan Balai Polis Muara dan seterusnya menyerahkan defendan kepada pegawai-pegawai BKN.
Pendakwaan yang dijalankan oleh Pegawai Pendakwa, Md Syazwan bin Hairul juga menyatakan bahawa defendan tidak mempunyai rekod kesalahan yang lalu di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah, Penggal 27.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]