Home > In The Court
Dipenjara Kerana Gagal Membayar Denda
December 17th, 2020 | 08:50 AM | 522 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Seorang lelaki warganegara Indonesia hari ini dijatuhkan hukuman 35 bulan penjara oleh Mahkamah Majistret kerana gagal membayar denda BND460,000.
Majistret Mohammad Marzuqi bin Sabtu menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Ahmad Muniri (defendan) di bawah Seksyen 146 (1) (d) Perintah Eksais, 2006.
Defendan, 43 tahun, didakwa kerana memiliki sebanyak 602 karton dan 10 paket rokok pelbagai jenama yang dijumpai dalam serbuan yang dijalankan oleh Penguatkuasa Undang-Undang, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED), Bandar Seri Begawan di sebuah rumah di Kampung Pulaie pada 8 Disember 2020.
Kesemua barang-barang terlibat dihukum rampas untuk dimusnahkan sepertimana yang dinyatakan dalam pendakwaan yang dijalankan oleh Pegawai Pendakwa JKED, Awang Haji Mohd. Junaidi bin Haji Ahmad.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]