Home > In The Court
Kes Curi Diperdengarkan Lagi 31 Disember
December 18th, 2020 | 13:03 PM | 511 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Seorang perempuan warga tempatan direman selama dua minggu oleh Mahkamah Perantaraan di sini.
Pemangku Majistret Kanan, Mohammad Marzuqi bin Sabtu memerintahkan Norziana binti Nordin, berusia 37 tahun direman bermula hari ini dan akan diperdengarkan lagi pada 31 Disember 2020 pada jam 2.30 petang.
Mengikut pertuduhan, pada 12 Disember 2020 pada jam 9.00 hingga 10.00 malam bertempat di Kampung Bukit Sibut, Tutong secara tidak jujur menerima atau menyimpan harta curi iaitu dua utas rantai emas di mana tertuduh mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai yang hak milik yang sama telah dipindahkan oleh perbuatan rompakan berkumpulan.
Mengikut pertuduhan, tertuduh boleh didakwa kerana melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 412 Kanun Keseksaan Akta 22 yang boleh dipenjara sehingga tempoh tidak melebihi 15 tahun dan denda.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Raihan Nabilah binti Haji Ahmad Ghazali.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]