Home > In The Court
Direman Bantu Siasatan
December 18th, 2020 | 13:04 PM | 615 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Dua orang lelaki warga tempatan direman dua minggu bermula hari ini oleh Mahkamah Perantaraan.
Tertuduh Mohammad Huzni bin Haji Abdul Hamid dan Mohammad Noriqmal Shaheiran bin Razali direman bagi membantu siasatan kes pengedar dadah di bawah Seksyen 3A.
Ketua Majistret, Yang Arif Pengiran Masni binti Pengiran Haji Bahar menetapkan 31 Disember 2020 pada jam 2.00 petang melalui Video Call (secara maya) sementara menunggu ekshibit dari Jabatan Perkhidmatan Saintifik untuk siasatan lanjut.
Pendakwaan tertuduh dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Qamarul Affyian bin Abdul Rahman sementara tertuduh tidak mewakili peguam.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]