FacebookInstagramTwitterContact

 

UCLA: Police Clear Out Pro-Palestinian Encampment And Detain Protesters           >>           Kenya Appoints First Woman Air Force Head           >>           Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote           >>           National Speech Contest           >>           Beta-Alanine Supplementation May Improve Power Output During Leg Exercises           >>           HIDDEN DANGER: Beware Of Arsenic Contamination In Rice           >>           Boysenberries Found To Improve Cholesterol, Help Prevent Heart Disease           >>           Girl Said She Heard ‘Monsters’ In Her Bedroom Wall – It Turned Out To Be Something Much Worse           >>           People Are Going Crazy For This Mayor’s Little Toes           >>           Jersey Shore's Pauly D Shares Rare Update On Life With 10-Year-Old Daughter Amabella           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



In The Court


  Home > In The Court


2 Lelaki Dijatuhkan Hukuman Atas Kesalahan Curi, Akta Imigresen


 


 December 26th, 2020  |  11:44 AM  |   1196 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Dua lelaki, Awang Haji Sulong bin Ahmad (D1) dan Pengiran Yusraini Mohammad bin Pengiran Haji Mohamed Yussof (D2) dijatuhkan hukuman atas kesalahan curi dan akta imigresen.

 

D1 merupakan seorang warganegara Malaysia, 51 tahun, dijatuhkan hukuman empat tahun dan lima bulan penjara, manakala D2 adalah seorang warga tempatan berumur 50 tahun, dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan dua bulan.

 

Hakim Dayangku Hajah Norismayanti binti Pengiran Haji Ismail menjatuhkan hukuman itu di Mahkamah Tinggi kelmarin setelah dua-duanya mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan.

 

D1 didakwa atas lapan pertuduhan di bawah Seksyen 380 Kanun Hukuman Jenayah, Penggal 22, dan di bawah kesalahan Bab 6 (3) (a), 36 dan 5 (1) Akta Imigresen Penggal 17, manakala D2 didakwa bagi kesalahan di bawah Seksyen 380 Kanun Hukuman Jenayah, Penggal 22.

 

Hakim Dayangku Hajah Norismayanti juga mengenakan denda BND1,000 ke atas D1 bagi pertuduhan ketujuh, jika gagal membayar denda tersebut, beliau akan dikenakan hukuman dua bulan penjara.

 

Dalam hal ini, Hakim Dayangku Hajah Norismayanti juga memerintahkan agar hukuman bagi D1 dan D2 berjalan serentak kecuali hukuman bagi pertuduhan ketiga, di mana hukuman berjalan bersama-sama dengan hukuman yang telah ditetapkan bagi kedua-dua defendan.

 

Dalam fakta kes, D1 melakukan pertuduhan pertama, iaitu mencuri satu telefon bimbit Huawei Y6 berwarna keemasan di Kampung Salar, Jalan Muara pada 29 April 2020.

 

Pada 15 Oktober 2020, D1 bersama D2 melakukan pertuduhan kedua, iaitu memecah masuk rumah di Kampung Kupang, Tutong dengan mencuri sebuah Laptop jenama Dell, sebuah Laptop jenama Lenovo, sebuah telefon bimbit Samsung J7, sebuah iPad Pro berwarna putih dan sebuah Printer L360 jenama Epson.

 

Dalam pertuduhan ketiga, D1 dan D2 telah mencuri satu 'Xiomi charger' berwarna putih, satu '3-pin Oppo Charger and Cable', satu 'Golon Bluetooth speaker' berwarna hitam, sebuah tong gas, satu 'JBL speaker' berwarna hitam, dua pasang 'Nike Airmax Sneakers', satu 'patterned bagpack labelled' '100 Male', satu 'patterned bag lebelled' 'Paloalto' berwarna coklat, satu 'portable speaker label' 'Red Bean Paste' berwarna hitam, satu 'AUX Cable' berwarna biru, satu 2-pin 'Oppo charger and Cable' berwarna putih, satu 'power bank labelled' 'V-Gen PB-V751', satu '2-pin Xiaomi charger and cable', satu 'HP laptop and charger' berwarna kelabu, satu 'Logitech Mouse' berwarna hitam, satu 'Samsung Tablet TAB A' berwarna kelabu, empat permainan kereta 'Hot Wheels' dan duit syiling Brunei dianggarkan BND25, wang syiling Rupiah berjumlah 1,500, satu '5th Generation Apple Ipod' berwarna hitam dan satu kotak kecil label 'The Hong Kong Polytechnic University' yang mengandungi Kad Easi di sebuah rumah di Kampung Manggis 2 pada 2 November 2020.

 

Seterusnya, pada 8 Mac 2020, D1 dan D2 telah melakukan pertuduhan keempat dengan mencuri satu 'kipling bag' berwarna biru, satu 'hair clipper', satu tong gas, satu 'box drill dan satu 'grinding machine' di sebuah rumah di Kampung Kapok.

 

Sementara itu, bagi pertuduhan kelima, D1 dan D2 mencuri dua tong gas Noracon Sdn. Bhd.

 

Bagi pertuduhan keenam, ketujuh dan kelapan pula, D1 hanya seorang sahaja melakukan kesemua kesalahan tersebut, iaitu pada Disember 2018 di bawah Akta Imigresen, iaitu kesalahan masuk ke negara ini tanpa pas yang sah, memasuki semula ke negara ini tanpa kebenaran dan memasuki negara ini melalui Limbang, Sarawak tanpa kebenaran.

 

Dalam pendakwaan yang dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Firdaus bin Haji Mohammad menyatakan dalam rekod defendan, di mana D1 sebelum ini pernah melakukan kesalahan yang sama, iaitu mencuri, manakala D2 tidak mencatatkan rekod kesalahan yang lalu.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47