Home > In The Court
Denda Kerana Mencuri
January 7th, 2021 | 13:27 PM | 1018 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Seorang lelaki warga tempatan didenda BND1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, selepas didapati bersalah mencuri barang TOTAL Drill yang dimiliki oleh Mahraj Enterprise, Muara.
Mengikut fakta kes, tertuduh melakukan kesalahan tersebut pada 31 Disember 2020, pada jam 1.12 pagi di Mahraj Enterprise Sdn. Bhd., Muara.
Pemangku Majistret Kanan, Kamaliah Fadhilah binti Haji Ibrahim menjatuhi hukuman tersebut setelah pertuduhan dibacakan terhadap tertuduh, Muhammad Adli bin Haji Said, 30 tahun mengikut Seksyen 379 Akta 22.
Tertuduh didenda BND1,000 dan berdepan hukuman penjara sekiranya gagal menjelaskan denda itu. Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Hajah Siti Mu'izzah binti Haji Sabli.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]