Home > In The Court
Pas Lawatan Mansuh 2,899 Hari : Dipenjara 12 Bulan
January 24th, 2021 | 13:27 PM | 1112 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Sepasang suami isteri, warganegara Indonesia, masing-masing dijatuhi hukuman 12 bulan penjara setelah Pas Lawatan mansuh.
Hukuman yang berkuat kuasa, mulai 21 Januari 2021 ke atas mereka berdua diputuskan oleh Majistret Mohammad Marzuqi bin Sabtu, di Mahkamah Majistret.
Fahrega, berumur 50 tahun, dengan bilangan pasport S 908759; dan Rahmi Yuliandari Abdul Ghofur, 42 tahun, dengan bilangan pasport T 091652, masing-masing didakwa, di bawah Bab 15(1) Akta Imigresen Penggal 17 kerana tinggal di negara ini setelah Pas Lawatan mansuh selama 2,899 hari.
Kedua-dua mereka ditangkap dalam Operasi Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK), iaitu OPS LANGIS JIPK 14/2021, pada 21 Januari 2021, iaitu semasa pemeriksaan, di sebuah rumah sewa, Jalan Paya Bunga Merah, Sengkurong, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]