Home > In The Court
Tahan Reman Dilanjutkan
January 28th, 2021 | 09:59 AM | 941 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Tempoh reman enam orang tertuduh yang membabitkan kes pengedaran dadah dilanjutkan lagi hingga 10 Februari 2021.
Ketua Majistret, Yang Arif Pengiran Masni binti Pengiran Haji Bahar berkata tempoh reman itu dilanjutkan bagi melengkapkan siasatan berhubung kes berkenaan selain menyiasat dan menunggu 'exhibit' ke Jabatan Perkhidmatan Saintifik untuk dianalisa.
Proses analisa 'forensic mobile phone' dan siasatan pengubahan wang haram masih lagi dijalankan dan akan diketahui pada bulan Jun 2021 nanti.
Pendakwaan terhadap enam defendan yang baru-baru ini ditangkap oleh Biro Kawalan Narkotik (BKN) ialah Ahmad bin Haji Tamit dan isterinya, Maskunah binti Wahab, bersama anak-anak mereka iaitu Isamuddin bin Ahmad, Mohammad Saifuddin bin Ahmad dan Siti Izzatul Munirah binti Ahmad serta suaminya, Jakaria bin Ahad didakwa atas dua kesalahan di bawah Seksyen 3A Penyalahgunaan Akta Dadah, Bab 27.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Qamarul Affyian bin Abd. Rahman. Manakala tertuduh diwakili oleh DC Roy dan Messrs Yusof Halim & Partners.
Kes itu akan didengar lagi pada 10 Februari 2021 pada jam 9.00 pagi.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]