Home > In The Court
Reman Suspek Bunuh Disambung
February 2nd, 2021 | 10:25 AM | 1041 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Siasatan berhubung kes pembunuhan di Kampung Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati (STKRJ) Jalan Derma Wangsa, Kuala Belait diteruskan lagi apabila Mahkamah Majistret membenarkan reman suspek disambung 14 hari lagi bermula hari ini dan akan diperdengarkan lagi pada 15 Februari 2021.
Majistret Kanan, Hajah Azrimah binti Haji Abdul Rahman mengeluarkan perintah itu untuk melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, selepas mendengar permohonan pihak Pendakwa Raya, Rozaimah binti Haji Abd. Rahman di Mahkamah Majistret.
Hassan bin Yussof, 65 tahun dan Rosnani binti Tanga, 51 tahun, ditangkap pada 10 Oktober lalu bagi membantu siasatan. Suspek diwakili oleh Peguambela DC Roy Prabhakaran.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]