FacebookInstagramTwitterContact

 

Eating For Your Eyes: Carrots Deliver Nutrients That Preserve Vision           >>           Diabetic? Eat More Eggs           >>           Protect Your Kids From Pollution-Related Asthma With Vitamin D           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Designs of 'Baju Melayu' Studs           >>           Spectrum Unveil 2024 Exhibition           >>           'People Call Me A Monster For Dyeing My Dog Pink - I Want Him To Match My Outfit'           >>           Number of New Converts Increase           >>           Mum's Horror As Group Text Invite For Daughter's 1st Birthday Party Goes Terribly Wrong           >>           Kid Cudi Engaged To Lola Abecassis Sartore           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pupuk Semangat Keusahawanan


PEMANGKU Pengarah Urusan Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), Dayang Hajah Noraini binti Haji Sulaiman (tengah) semasa hadir selaku tetamu kehormat dalam Majlis Pelancaran Bengkel Belia Berinovasi Politeknik Brunei. | FOTO: PELITA BRUNEI (Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali)

 


 April 5th, 2016  |  09:43 AM  |   2865 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Isnin, 4 April. - Bengkel Belia Berinovasi : Keusahawanan Brunei (Enterprising Brunei : Innovative Youth Workshop 2016) menggalakkan golongan belia agar meraih kemahiran keusahawanan melalui wadah inovasi.

 

Bengkel yang bermula hari ini dan berakhir 7 April itu nanti dilancarkan oleh Pemangku Pengarah Urusan Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), Dayang Hajah Noraini binti Haji Sulaiman, berlangsung di One Stop Centre, Kampus Politeknik Brunei, Ong Sum Ping, di sini.

 

Pemangku Pengarah Politeknik Brunei, Awang Alias bin Haji Abu Bakar dalam ucapan alu-aluannya berkata, Politeknik Brunei melalui Pusat Pengajaran dan Pembelajaran Inovatif (Centre for Innovative Teaching and Learning - CiTL) mengambil inisiatif bagi menganjurkan bengkel berkenaan dalam usaha untuk mengambil peluang-peluang dan manfaat keusahawanan untuk pelajar-pelajar muda, para usahawan dan masyarakat.

 

04042016 AMIRUL BENGKEL 02

PEMANGKU Pengarah Politeknik Brunei, Awang Alias bin Haji Abu Bakar semasa menyampaikan alu-aluannya dalam pelancaran bengkel tersebut.

 

Sepanjang bengkel ini jelasnya, para peserta akan mempelajari mengenai halangan untuk memulakan perusahaan dan bagaimana untuk mengatasinya selain manfaat untuk memulakan perniagaan mereka sendiri, sifat-sifat keusahawanan, penjanaan idea - perniagaan, produk atau perkhidmatan, inovasi - mencipta produk atau perkhidmatan baharu atau mengubah suai yang sedia ada serta menetapkan idea dan penyelidikan pasaran dan perancangan.

 

Aktiviti terakhir tambah beliau, merupakan pertandingan yang melibatkan setiap kumpulan untuk menghasilkan satu produk inovatif atau idea perniagaan dan seterusnya membentangkannya kepada kumpulan lain di mana pemenang pertandingan akan menerima hadiah wang tunai berserta sijil.

 

"Kami sangat teruja kerana BIBD sangat bermurah hati untuk menyokong bengkel ini dan keseluruhan acara. Kerjasama antara Politeknik Brunei dan BIBD diharap akan dapat menyediakan peluang bagi pelajar-pelajar kita, pelajar muda dan usahawan muda keyakinan untuk memulakan perniagaan mereka sendiri, untuk menjadi lebih berdaya usaha dan kreatif, serta meningkatkan kemahiran keusahawanan mereka termasuk pembangunan kepimpinan, pembangunan kemahiran peribadi dan sosial, dan mampu untuk 'pitch' idea perniagaan contohnya mengembangkan kemahiran penyampaian dan yang lebih penting meningkatkan tahap keyakinan mereka," ujar Awang Alias.

 

04042016 AMIRUL BENGKEL 03

TETAMU kehormat semasa melancarkan Bengkel Belia Berinovasi Politeknik Brunei.

 

Seramai lebih 120 pelajar menyertai bengkel tersebut, mewakili pelbagai peringkat pendidikan daripada diploma, menengah dan rendah antaranya daripada Politeknik Brunei, Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah, Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri, Sekolah Rendah Mabohai dan Sekolah Rendah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

 

Bengkel dianjurkan oleh Ketua CiTL, Politeknik Brunei, Dr. Malai Zeiti binti Sheikh Abdul Hamid yang juga selaku Pengurus Projek dalam usaha mendukung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk melibatkan belia dalam keusahawanan dan memupuk semangat dan kemahiran berdaya usaha.

 

Seorang pakar keusahawanan terkemuka dari United Kingdom iaitu Pengarah Solomon Ash Limited, Mohammed Arshed Butt diundang selaku fasilitator bengkel, yang mana beliau sering kali diundang bagi mengongsikan pengalamannya dalam pelbagai program keusahawanan di luar negara.

 

04042016 AMIRUL BENGKEL 05

ANTARA peserta yang menghadiri pelancaran bengkel tersebut.

 

Solomon Ash Limited, United Kingdom pula merupakan sebuah syarikat yang mengkhususkan kepada pembangunan perniagaan dan komuniti, antara lain menggalakkan keusahawanan, merangsang pertumbuhan untuk perniagaan dan meningkatkan taraf kepimpinan dan pengurusan dalam organisasi ke arah usaha untuk memacu kemakmuran ekonomi dan sosial.

 

Projek yang julung-julung kali diadakan oleh Politeknik Brunei ini antara lain bertujuan bagi memberi kesedaran untuk memupuk kemahiran keusahawanan, berdikari dan menjadi proaktif dalam dunia hari ini yang pantas dan mencabar.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Australian Bishop Forgives Alleged Attacker

 2024-04-19 00:07:49

Google Sacks Staff Protesting Over Israeli Contract

 2024-04-19 00:33:16