FacebookInstagramTwitterContact

 

Eating An Avocado Every Day Dramatically Reduces Your Risk Of Metabolic Syndrome           >>           The Mighty BLUEBERRY, A Superfruit With Anticancer Properties           >>           Tom Brady Reveals Jude Bellingham Chat After Real Madrid Move           >>           Rocket Lab Launches New NASA Solar Sail Tech To Orbit (Video, Photos)           >>           Rocket Lab Launches New NASA Solar Sail Tech To Orbit (Video, Photos)           >>           Ray-Ban Meta smart glasses do the AI thing without a projector or subscription           >>           Senate passes bill that could ban TikTok           >>           Tom Brady Reveals Jude Bellingham Chat After Real Madrid Move           >>           Spotify Turns Up Volume To Make Record Profits           >>           Inter Miami Signs Paraguay Midfielder Matías Rojas           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Beramal Melalui Bazar Amal 'Satu Baju Satu Senyuman'


PEMANGKU Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Awang Misle bin Haji Abdul Karim merasmikan Bazar Amal 'Satu Baju Satu Senyuman' anjuran Syarikat Battle Pro Marketing and Management Services dengan kerjasama Jabatan Daerah Brunei dan Muara bertempat di Dewan Muhibbah. | FOTO: PELITA BRUNEI (Hamzah Mohidin)

 


 April 5th, 2016  |  09:47 AM  |   3707 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Isnin, 4 April. - Orang ramai khususnya mereka yang ingin beramal kini boleh membeli-belah sambil beramal dengan berlangsungnya Bazar Amal di Dewan Muhibbah, Jabatan Daerah Brunei dan Muara (DBM), Berakas, di sini.

 

Dirasmikan oleh Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Awang Misle bin Haji Abdul Karim, Bazar Amal ini mempunyai keistimewaan tersendiri di mana orang ramai berpeluang membuat amal kebajikan melalui acara khas yang belum pernah diadakan sebelum ini, dipanggil 'Satu Baju Satu Senyuman'.

 

Melalui acara tersebut orang ramai boleh menderma pakaian sempena hari raya kepada anak-anak yatim seperti sepasang baju Melayu atau baju kurung dengan menempah pembuatannya melalui syarikat jahitan yang ditempatkan di bazar berkenaan iaitu membeli kain dan membuat ukuran masing-masing dengan harga BND17 untuk baju Melayu dan BND20 untuk baju kurung.

 

040416 HAMZAH002 BAZAR

TETAMU kehormat melihat lebih dekat satu produk yang dijual di Bazar Amal tersebut dari Syarikat Intan khalidah.

 

Bagi setiap lima pasang baju yang ditempah oleh sesebuah keluarga, syarikat berkenaan akan menyumbangkan lima pasang tempahan tambahan secara percuma untuk didermakan kepada anak-anak yatim selepas bazar tersebut berakhir.

 

Selain untuk membantu anak-anak yatim dalam sama-sama meraikan Sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan senyuman dan pakaian baharu, Bazar Amal ini juga mempunyai objektif untuk mengumpul lebih banyak derma untuk Dana Pejabat DBM khusus bagi membantu orang-orang yang kurang bernasib baik.

 

040416 HAMZAH005 BAZAR

TETAMU kehormat beramah mesra bersama peniaga yang menyertai bazar tersebut.

 

Diharapkan promosi khas yang diadakan sepanjang acara itu nanti akan menggalakkan orang ramai untuk melakukan perkara yang baik dengan membantu kedua-dua pengusaha, anak-anak yatim dan orang lain yang memerlukan bantuan.

 

Jualan Bazar Amal 'Satu Baju Satu Senyuman' dikendalikan oleh sebuah syarikat swasta tempatan, Syarikat Battle Pro Marketing and Management Services dengan kerjasama Jabatan DBM bermula 4 April hingga 7 April nanti dari jam 9.00 pagi hingga 9.00 malam.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Saerah Haji Abdul Ghani

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Ten Dead As Navy Helicopters Collide Mid-Air In Malaysia

 2024-04-24 07:44:54

Spotify Turns Up Volume To Make Record Profits

 2024-04-24 09:57:39