Home > In The Court
Penjara 3 Bulan Jika Gagal Membayar Denda
March 11th, 2021 | 12:33 PM | 1040 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Seorang lelaki warga tempatan dikenakan denda BND1,500 dan jika gagal, dijatuhkan tiga bulan penjara di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah, Penggal 27 di Mahkamah Majistret.
Majistret Kamaliah Fadhilah binti Haji Ibrahim menetapkan ke atas defendan, Mohammad Serizal Sham bin Haji Seruji / Haji Serudin, berumur 43 tahun, bagi membayar denda tersebut sehingga tempoh 1 September 2021.
Mohammad Serizal Sham didakwa di bawah seksyen 6(b) memakan dadah terkawal jenis 'A', Methylamphetamin, di mana hasil ujian air kencing defendan juga didapati mengandungi positif dadah.
Dalam pendakwaan yang dijalankan oleh Pegawai Pendakwa, Md. Syazwan bin Hairul juga menyatakan bahawa defendan sebelum ini tidak mempunyai rekod kesalahan lalu di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah, Penggal 27.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]