FacebookInstagramTwitterContact

 

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government           >>           Ben-Gvir, Israeli Far-Right Minister, In Car Accident           >>           Pentagon To 'Rush' Patriot Missiles To Ukraine In $6bn Package           >>           Major Gaza Protests At US Universities           >>           Burkina Faso Suspends BBC Over HRW Report On Alleged Mass Killings           >>           AIPA-FAO-IISD Joint Workshop           >>           Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator           >>           ISO 9001:2015 Certificate Award           >>           Why Green Steam Is A Hot Issue For Business           >>           Use a Plot of Land for Planting           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



In The Court


  Home > In The Court


Tidak Serik Lakukan Kesalahan Mencuri


 


 March 18th, 2021  |  12:32 PM  |   666 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Biarpun sudah pernah menjalani hukuman penjara atas kesalahan curi, dua orang individu lelaki masih tidak serik melakukan perkara yang sama.

 

Mohd Shahrol bin Haron, 32 tahun, dijatuhkan hukuman penjara 20 bulan dan satu bulan tambahan dan dua kali sebatan, manakala Mas Roniaw bin Mohd Jawi 30 tahun pula dijatuhkan hukuman penjara selama sembilan bulan.

 

Mahkamah juga memerintahkan Mohd Shahrol untuk membayar pampasan ganti rugi berjumlah BND1,990 kepada mangsa. Mohd Shahrol gagal membayar dan tempoh pemenjaraan ditambah satu bulan.

 

Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abd Hamid menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohammad Shahrol dan Mas Roniaw selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan terhadapnya. Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Sabrina binti Haji Mahmud memohon hukuman setimpal dengan alasan ia adalah kesalahan berulang kali.

 

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian pada pukul 4.00 pada 17 Februari 2021 di Kampung Selayun, Sengkurong mangsa bersiap-siap untuk pergi ke masjid bagi menunaikan sembahyang subuh dan mangsa mendapati kereta Nissan Sunny berwarna putih hilang di halaman rumah.

 

Dalam siasatan polis menunjukkan bahawa pada 18 Februari 2021 sekitar 11 malam tertuduh telah pergi ke rumah rakannya dengan menggunakan teksi haram. Pada 19 Februari 2021 tertuduh pergi ke Kampung Jerudong untuk meminjam beberapa alat untuk membuka radio 'Bluestar' dan membuka pembersih udara.

 

Selepas itu, Mohd Shahrol mahu kembali ke rumahnya, namun enjin kereta tidak dapat dinyalakan. Mohd Shahrol kemudian membuka suis utama stereng menggunakan pemutar skru dan menggunakan penjepitnya untuk menyalakan enjin kereta tersebut.

 

Pada malam yang sama, Mohd Shahrol memandu di sekitar Jalan Nenas Madu, Kampung Katok 'B' dan melihat sepasang plat kenderaan dengan nombor pendaftaran BL8716 di atas tanah.

 

Dia kemudian terus mengeluarkan plat pendaftaran kereta depan dan belakang yang sebenar dari kereta tersebut dan menggantinya dengan nombor pendaftaran BL8716 untuk menyembunyikan nombor pendaftaran sebenar.

 

Mohd Shahrol juga membuang kad biru dan dokumen insurans kereta tersebut, yang pada awalnya disimpan oleh Pengadu di dalam kereta tersebut. Dalam perjalanan pulang, dia berhenti di sekitar pencawang elektrik yang berdekatan dengan rumahnya dan terus menyemburkan cat hitam di bonet depan dan penutup tangki bahan bakar kereta tersebut.

 

Pada 21 Februari 2021, sekitar pukul 12.30 tengah malam, Mohd Shahrol pergi ke rumah Mas Roniaw di Perpindahan Rimba Gadong dan menawarkan untuk menjual satu kereta Nissan Sunny dengan nombor pendaftaran palsu BL8716. Mohd Shahrol memberitahu Mas Roniaw bahawa kereta tersebut adalah kereta curi. Setelah mengetahui bahawa kereta tersebut kereta curi, Mohd Shahrol menawarkan dengan harga BND50. Mas Roniaw membeli kereta tersebut dari Mohd Shahrol.

 

Siasatan polis selanjutnya menunjukkan bahawa tindakan Mohd Shahrol mengubah kereta tersebut telah menyebabkan kerosakan pada kereta tersebut iaitu tudung tangki bahan api; suis utama stereng; pembersih hos udara; pemain radio dan bonet depan untuk diperbaiki, dan untuk plat pendaftaran depan serta belakang yang akan diganti. Kos pembaikan dan penggantian berjumlah BND 1,990. Tertuduh Mohd Shahrol bin Haron mempunyai rekod lampau berkaitan harta benda.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government

 2024-04-27 02:37:15

Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator

 2024-04-27 01:55:10